Sunday, 29 March 2009

AntooBusters Team : The Paranormal Investigation & Eliminations Service

Just to share with all bloggers satu operasi menyelesaikan kes gangguan di sebuah rumah. Actually umah yg dimaksudkan ialah rumah rakan sekerja aku di sebuah kawasan perumahan di Sungai Petani. Menurut rakan aku, gangguan yang dialaminya sudah agak lama semenjak dia tinggal di situ… So, AntooBusters team yg terdiri dari dari Bro Is dan aku sendiri selaku assistant telah membuat persediaan awal sebelum melakukan operasi.

Langkah 1 : Scanning the Motion. Didapati ada pergerakan entity dalam rumah tersebut yang berasal dari tapak perumahan. Proses ini dilakukan 2 hari sebelum perawatan dan dilakukan secara jarak jauh. Entity ini sudah menginap di sini sebelum kawasan perumahan ini dibina.

Langkah 2 : Preparation of Tools. Rakan aku diminta menyediakan 7 bunga berlainan warna & jenis, 7 air kolah masjid, air yasin, garam kasar dan lada hitam. Ini ialah peralatan asas dalam usaha untuk memagari, menembak entity dan mengembalikan aura positif.

Langkah 3 : The Mission. Sebelum bergerak, aktiviti utama ialah berdoa kepada Allah agar dilindungi dari segala bahaya. Kemudian aku memagari diri aku dengan ayat2 Allah sebagai langkah keselamatan. Aku dan Bro Is bergerak ke rumah rakan aku selepas asar. Waktu ini adalah waktu yg sesuai untuk operasi. Jika diadakan waktu malam, entity mungkin akan lebih bertenaga dalam melancarkan tipu helah. Selain itu, masa yg awal membolehkan team AntooBusters menghadapi sebarang kemungkinan yg bakal berlaku. Sejurus sampai di rumah tersebut, Bro Is mengambil masa selama 10 minit untuk scanning process. Memang ada entity di rumah trsebut. Selepas itu team AntooBusters memeriksa setiap sudut di rumah 2 tingkat ini. Telinga aku merasa panas dgn tiba2. Mungkin cubaan entity untuk mengagalkan operasi. Aku membaca berberapa surah. Hilang rasa panas buat seketika… Bro Is juga mengadu diserang di bahagian kaki. Aku mengikut Bro Is memeriksa di dapor. Seterusnya ke tingkat atas. Bila masuk ke sebuah bilik (bilik anak rakan aku) terasa suhu meningkat dgn tiba2. Rasa tidak tenteram dalam diri aku. Bro Is pun merasakan situasi yg sama. Menurut rakan aku di bilik itu selalu berlaku penampakkan entity yg kerap. Sah, bilik ini amat suka dikunjungi oleh entity. Selepas 10 minit, suasana dirasakan seperti biasa. Menurut Bro Is, entity sudah keluar. Mungkin merasakan diri’nya’ terancam. Kami ke ruang bawah untuk memburu entity. Bro Is terus memburu. Tetapi entity seperti mengetahui kehadiran team AntooBusters. Hilang buat seketika. Bro Is memulakan proses memagari. 7 jenis bunga dicampur bersama air yassin dan air dari 7 kolah masjid. Proses memasuki aura positif dilakukan. Kemudian menyediakan ramuan garam dan lada hitam dan seterusnya mohon doa dari Yg Maha Esa. Namun ketika proses tersebut dijalankan, usaha entity untuk mengganggu dirasakan oleh Bro Is. Lantas Bro Is menjerit dan memberi amaran secara verbal kepada entity terbabit. Aku pula meneruskan pembacaan surah2 dan menghembuskan di sekeliling ruang tamu. Selepas 30 minit, aktiviti selesai. Cuma rakan aku diminta untuk menyemburkan persediaan ramuan tadi disetiap sudut di dalam rumah… Suasana di dalam rumah kembali tenang, tidak seperti sewaktu mula2 team AntooBusters sampai.

Conclusion: Entiti di dalam rumah tersebut adalah bukan permanent. Semasa perawatan dilakukan entiti kerap keluar masuk. Entiti ini bergerak memasuki rumah terbabit dgn cara ikut suka hati `dia’ bila nak masuk.. mungkin bila terasa panas 'dia' keluar semula dan merancang untuk masuk kembali. Tempat yang digemari ialah bilik anak rakan aku di tingkat atas. Selain itu berlaku juga pergaulan antara entiti di situ dengan entiti luaran yang masuk secara tidak sengaja dari beberapa maid rakan aku yang mungkin mengamalkan ajaran salah di sisi Islam. Fenomena ini merancakkan lagi polemik gangguan di rumah tersebut. Team AntooBusters bergerak pulang sebelum magrib selepas menghabiskan jamuan ringan oleh pihak tuan rumah. Rezeki jangan ditolak... Sewaktu bergerak ke kereta aku untuk pulang, Bro Is juga mengesan ada lagi entiti lain di sekitar lorong jalan perumahan tersebut. Namun entiti yg dikesan itu tidak menganggu, cuma mungkin bermain2 dan bergurau senda sesama spesies.

Semoga Allah SWT melindungi rakan aku dari gangguan. Hanya kepadaNya kita berserah kerana di sebalik sesuatu kejadian ada hikmah tersendiri. Untuk rujukan lanjut sila ke paranormal. Jika menghadapi gangguan elektrik pula, sila hubungi TNB berhampiran.

Monday, 23 March 2009

Birthday Adam



Pada 20 March 2009, genap umur Adam Irman 8 tahun. Dah besar anak teruna aku… dan dah semakin meningkat usia aku…. Terasa sekejap saja membesarkan adam… Pejam celik dah 8 tahun… Adam dah pandai menjadi abang yg baik kepada Aryana Sofea… Walaupun kadang2 aryana yg kena buli dengan adam… Sepanjang 8 tahun, tak susah membesarkan adam… Dialah penyeri pertama dalam hidup aku dan dilla…. Dia banyak mengajar aku tentang kehidupan… tentang erti kasih sayang seorang ayah…Adam sekarang dah semakin chubby… kuat makan daripada aku… Makanan favorite adam ialah laksa dan burger… dan sampai sekarang masa time nak tidur, dia akan minum milo dengan botol susu… + bantai busuk yg dah semakin mereput… seingat aku, kain bantai busuk tu dari adam berumur 1 tahun… aruah tok dia yg jahit… kalau tak dak bantai busuk ni, dia akan susah nak tidur… tak tahulah aku sampai bila dia nak buang tabiat ni… tapi kadang2 aku suka tengok dia gelintir dan cium bantai busuk sebelum tidur.. rasa macam dia masih baby lagi…..

Hadiah birthday tahun ni, aku belikan adam DVD portable… + satu jet mainan… Sepatutnya dalam umur 8 tahun, aku tak perlu nak beli mainan lagi, tapi rasa tak lengkap kalau tak beli mainan untuk adam…. Nak buat mcm mana, dari umur adam sebulan sampai sekarang, macam2 jenis mainan dah aku beli... dan adam amat suka mainan... Sampai sekarang dia masih main mainan dengan aryana... dia pandai jaga mainannya… Kebanyakannya masih elok dan boleh diguna lagi… Selain mainan, aku masih ingat ketika adam berumur 2 tahun… dia sukan sangat pada belon… kalau beli mainan mesti kena beli belon jugak... semua belon disimpan dengan baik dan dia akan belek satu persatu sebelum tidur… waktu tu hadiah birthday yg paling dia suka ialah 2 beg berisi berpuluh2 belon dari pak ngah dia. Hadiah2 lain dia jeling je…. Tapi at last minat kepada belon semakin berkurang… aku pun tak pasti apa sebabnya… Seingat aku lagi waktu umur adam 2 tahun, dia fobia tengok bulan… kalau malam2 bawak dia keluar umah dan kalau ternampak bulan, dia akan menjerit, menangis dan lari masuk ke rumah.... jangan la sapa2 pun sebut perkataan `bulan’... menjerit2 la jawabnya...

Waktu umur adam 3 – 4 tahun, dia ada satu lagi hobi pelik... mengumpul lampu mentol... macam2 bentuk dia kumpul... seingat aku lebih dari 150 biji lampu mentol yg dah aku beli...(termasuk lampu kalimantang). Kalau ke kedai atau supermarket, dia akan cari lampu mentol dulu.... time aku keluar sorang, dia akan pesan beli mentol sebijik... sampai satu tahap, aku dah teramat tension... bayangkan dalam bilik tidur aku dah dipenuhi dengan pelbagai jenis bentuk dan warna lampu mentol.... tapi yang herannya, memang susah mentol2 tu nak pecah... dia pandai jaga harta bendanya.... Ada la dalam satu hari tu, lampu bilik air aku rosak.... so aku pun ambik la satu lampu dari koleksinya sebagai ganti...dgn harapan dia tak akan perasan sebab banyak sangat lampu...... tapi at last dia perasan jugak yg aku dah curi lampu dari koleksinya.... apalagi menjerit2 mcm kena histeria.... dia suruh aku tanggalkan dan beli yang baru... yg tak tahannya, siap suruh aku beli dua biji... satu untuk ganti yg rosak dan satu lagi sebagai bayar fidyah sebab mengambil tanpa kebenaran.... Tapi macam kisah belon jugak, at last minat terhadap lampu mentol semakin lama semakin lenyap.. dan selamatlah poket aku dari menjadi mangsa adam.

Dua tahun kemudian, bila Akademi Fantasia dah semakin popular.... dan adam dah semakin membesar dan mula tahu menyanyi, maka timbul lah minat baru.... iaitu mengumpul VCD konsert AF... Kebetulan, mak mertua aku pun minat AF. Banyak jugak koleksi vcd AF mak mertua aku yang di’hijack’ oleh adam.... Tiap2 hari tak kira siang dan malam, dia akan pasang vcd konsert AF... Siap hafal lagi lagu2 yg dinyanyi oleh budak2 AF... waktu tu, Mawi jadi idolanya.... tak silap aku, adam boleh nyanyi lagu ’gadis melayu’ sepenuhnya, siap dengan gaya sekali... tapi nak buat macam mana, mama dia pun sama naik.... eh!... lupa plak.... babah adam dia pun sekali.....

Waktu umur adam 6 tahun.... hobi mengumpul VCD masih tak lekang. Tapi kali ni bukan vcd konsert AF, tapi Vcd Sinchan dan Doraemon.... Asal je ke supermarket kena beli vcd, asal je beli vcd kena ke supermarket... Semua siri Sinchan dan Doraemon, masih ada dalam simpanan adam... macam tadi jugak, tiap2 hari adam akan tengok sinchan dan Doraemon… mama dan babah dia pun terpaksa layan sekali…. Kira semua dialog sinchan dan doraemon dah boleh hafal....

Bila umur 7 tahun, adam dah standard 1.... Aku betul2 marah orang yg buat movie Transformer... sebabnya Adam dah start hobi baru... mengumpul robot2 transformer... Aku masih ingat waktu aku kecil antara cartoon yg aku minat ialah transformer. Tapi waktu tu tak dak pulak orang jual robot transformer... klu ada pun memang jarang dijumpai dan mahal kalau nak beli... tapi sekarang... kat pasar malam pun ada orang jual transformer... Banyak juga koleksi transformer yg disimpan oleh adam... kadang2 bila dia bosan, dia akan basuh dan lap robot2 tu... Sampai ke saat ini, semua robot2 milik adam masih tersusun kat bilik dia....

Itulah kisah anak teruna aku yg aku masih ingat untuk dicoretkan di sini... sebenarnya banyak lagi kisah2 pelik adam sepanjang perjalanan hidupnya...dan banyak juga peristiwa2 manis bersama adam yang tak mungkin aku lupa dalam perjalanan hidup aku sebagai seorang ayah..... `Selamat Ulang Tahun ke 8....Abah sayang Adam....’

Aryana Sofea, Adam Irman dan Adriana (cousin aryana & adam)



Monday, 16 March 2009

Pulau Pangkor : Travel-Log

Baru2 ni aku ke Pulau Pangkor... Ni lah first time aku ke Pangkor. Dulu memang banyak kali plan nak ke sini tapi tak pernah menjadi. At last pada 12 Mac 2009, dapat juga aku ke sana.... Actually aku ke sana atas jemputan memberi ceramah kepada final year student Bachelor of Lib Science.. Ceramah aku bertajuk `Personal Grooming & Communication Skills', sesuai dengan student2 sebagai persediaan menempuh alam perkerjaan. Aku selitkan juga dengan tajuk `Dining Etiquette'. At least diaorang tahu the Do's & the Don'ts ketika menghadiri majlis makan malam rasmi....

Perjalanan ke Lumut mengambil masa lebih kurang 2 jam 40 minit dari Sungai Petani kalau mengikut panduan dari Google Maps. Tapi aku ambik masa lebih 3 jam sebab jalan raya ke Pantai Remis is under construction.... So, perjalanan yg akan perlahan dan membosankan. Ok, back to the route, mula2 keluar ke Changkat Jering dari Lebuh raya utara selatan. Abis bayar tol terus ambik simpang ke kanan. Bagi sesiapa yang tak pernah ke Lumut, don't worry sebab di sepanjang perjalanan ada sign board yang guide ke Lumut. Cuma untuk simpang yang ke 2 & ke 3 selepas keluar tol, ikut signboard yang tulis 'Pantai remis'. Lepas tu sambung ikut ke 'Lumut'. Bila sampai ke Lumut, tugas seterusya ialah mencari parking. Mula2 aku nak parking kat satu masjid tapi dah penuh. Last2 parking kat satu sekolah. Nasib baik ada satu parking kosong, betul2 bawah pokok yang rendang. Charge dikenakan sebanyak RM10 utk sehari semalam. Lepas tu aku berjalan kaki ke jeti dalam jarak 100m. Klu di Kuala Kedah & kuala Perlis untuk ke Langkawi,aku rasa ada lebih 10 kaunter tiket. Tapi kat sini hanya ada 3 kaunter tiket untuk menaiki feri. Selang masa antara setiap feri adalah antara 30-40 minit. Tambang feri - RM10 untuk pergi-balik... Masa perjalanan dari jeti Lumut ke Pangkor adalah lebih kurang 25 minit... Sampai je kat pangkor, sudah tersedia van2 untuk membawa pelancong ke mana2 sahaja ceruk pangkor. Tempat yang aku pergi ni ialah Pangkor Bayview Resort. Dari jeti pangkor ambik masa 15 minit untuk ke sini. View kat sini memang menarik. kelihatan ramai mat saleh menaiki skuter yang disewa. Bilik yang aku menginap pun agak luas. Ada 2 katil master. Boleh muat 4 orang untuk satu bilik. Di sepanjang pantai ada banyak gerai2 makan dan kedai2 menjual cenderahati untuk para pelancong. memang best betul kat pangkor.... suasana yang nyaman disertai dengan deruan angin dan ombak memecah pantai amat mendamaikan jiwa... At least tension aku buat PhD terubat seketika. Di kala senja aku sempat mengambil foto sunset (Refer Myfotopages). Indah sungguh suasana ciptaan Yang Maha Esa... So, lepas ni aku plan nak bawa family pulak ke sini.... Mungkin cuti sekolah bulan Mei ni .... insyallah...

1st Entry in 2009

Dah 4 bulan aku tak menulis di blog... Bukannya aku sakit atau malas nak menulis tapi terlalu sibuk dengan tugasan PhD. Dalam masa 4 bulan lepas, aku sibuk menyediakan soalan2 Focus Group Discussion untuk para responden aku yang terdiri daripada kakitangan kerajaan di semua kementerian... Respon yang diberikan agak tidak memberangsangkan... mungkin diaorang sibuk dengan tugasan hakiki... Aku lanjutkan lagi tempoh menjawab soalan... tapi hampehh... sehingga sekarang hanya 7 responden yang memberi respon. Yang berjanji untuk menghantar jawapan pun ramai, tapi sampai sekarang ... habuk pun tarakk... Tapi, aku akur... inilah pahit getir dan cabaran PhD... mungkin aku terpaksa menukar research methodology yang sesuai disebabkan teknik Focus Group Discussion melalui blog tidak berkesan..... sekaligus tempoh untuk aku habiskan PhD dalam masa 3 tahun mungkin akan berlanjutan.. Ah! tidak.... Apa yang penting sekarang, aku kena bertindak cepat.... Menurut dari kajian aku mengapa responden tidak memberi respon yg menggalakan disebabkan:
- ramai responden yang tidak biasa menggunakan blog.
- url blog kajian aku yg menggunakan blogspot telah di'block' untuk diakses oleh kebanyakan kementerian dgn alasan staf kerajaan membuang masa membaca blog yg rata2 nya berbaur hasutan dan fitnah.
- kebanyakan staf kerajaan pergi kursus, seminar, PTK, out station (antara alasan yg diberi) so tak dak masa nak menjawab soalan.

Tapi, alhamdullilah di kala kesibukan dalam masa 4 bulan ni juga aku dah menghasilkan 2 artikel untuk dihantar ke referred journal dan conference. Berikut ialah tajuk2 artikel
- Innovation in Qualitative Research
- The Use of Content Analysis Technique in Exploring the Competencies of Records Manager : The development of themes

Dan kini aku sedang dalam proses menyediakan manual NVivo7, sebuah buku (terpaksa dirahsiakan tapi tidak ada kena mengena dgn tajuk PhD), satu artikel bertajuk 'The role of Records Manager in ICT dan satu research (bersama 2 supervisor aku) melalui grant Dana Kecemerlangan UiTM...

Okeylah... nak pi tengok facebook pulak....