Pada 24 & 25 November, aku sekeluarga bercuti ke Bukit Merah.. Seingat aku kali terakhir aku ke sini lebih kurang 2 tahun lepas... Dalam minggu terakhir bulan november ni, Dilla tak berapa sibuk.. Plan nak ke Bukit Merah ni pun dibuat last minute... Mulanya aku nak bawa adam bercuti ke KL ... Nak bawak dia naik flight, sebab dia tak pernah naik flight.. Kesian kat Adam sebab tak ke mana2 cuti sekolah ni... Tapi, bila aku bagi pilihan samada nak ke KL naik flight atau ke Bukit Merah, dia pilih ke Bukit Merah... Lagipun tak jauh dari Sg.Petani, lebih kurang 1 jam 20 minit perjalanan... Sampai je Bukit Merah, kami terus check-in kat Suria Apartment... Apartment ni luas la jugak, ada satu ruang tamu, dapur, 1 master bedroom dan 2 bilik air... Kebetulan apartment kami menghadap swimming pool... Memang cantik permandangan kat sini... Petang 24 hb, kami terus ke Bukit Merah Water Park... Sampai sini pun dah petang dan hujan renyai2. Adam dah tak sabar nak berenang... Aryana pulak still blur, mengikut je ke mana kami bawak... Tapi bila sampai kat water park, Aryana yg lebih excited... Ni lah first time dia nampak banyak air untuk mandi... Kami spend 2 jam kat sini... Sampai biru mulut adam & aryana main air... Bila nak balik aryana menangis dan menjerit2 sebab nak main air lagi... Sebelum balik ke apartment, kami beli siap2 makanan untuk dinner. Ada food court kat luar main entrance... Malam - Dilla, adam & aryana tidur awal... Letih sangat... Aku pulak sempat baca 2 article journal sebelum tertidur... Pukul 4.30am, aku dikejutkan oleh Dilla dan Adam... sebab diaorang tak boleh tidur dengar aku berdengkur kuat sangat.... Last2 aku tidur kat ruang tamu sampai ke pagi... Pagi 25 Nov., lepas breakfast kami mandi kat swimming pool sebelah apartment... Lepas tengok adam & aryana dah terketar2 kesejukan... terus naik ke bilik. Bersiap dan berkemas. Lebih kurang pukul 10.45am, kami check-out... On the way balik singgah kat Seberang Jaya, Penang... Lunch kat Tesco Extra... Pukul 4.00pm baru sampai SP....
(Gambar2 kat fotopages aku)
Tuesday, 25 November 2008
Monday, 17 November 2008
Sungai Petani, Kedah - Phitsanulok, Thailand : The Travel Log
4 November 2008
Bertolak dengan flight Air Asia ke Bangkok pada pukul 10.35am. Perjalanan mengambil masa 1 jam 40 minit. Sampai ke Suvarnabhumi Airport, Bangkok pada pukul 12.15pm.. Waktu di sana lewat 1 jam, so aku mengubah ke pukul 11.15am. First time sampai ke Thailand.. Airport di sini lebih kurang sebesar KLIA. Ada 4 tingkat. Selepas menunggu beg aku selama setengah jam, aku merayau2 sekitar airport. Tetapi yang happening di level 3.. umpama pusat membeli belah. Banyak outlet dan restoran fast food kat sini. Tiba-tiba perut terasa lapar sebab breakfast aku di airport Bayan Lepas hanya sekeping roti... Lunch kat restoran 'R Burger '.. aku pun tak pasti apa maksud 'R'... tapi restoran ni macam McDonalds... semua makanan dalam bentuk burger... aku check dulu menu yg ada... Sah memang tak ada burger dari daging 'xxxx'.. Masalah pertama yg aku alami kat sini ialah masalah bahasa... Staf kat sini tak faham bahasa Inggeris.. last2 aku tunjuk je menu yg aku nak... aku order satu chicken burger, french fries dan soft drink. Tapi yang peliknya roti burger macam kuih pau. So burger dah jadi kaler putih.. Selepas menghabiskan santapan lunch aku, aktiviti seterusnya ialah mencari surau.. Last2 terjumpa signage surau. Betul2 di tengah kws airport. Saiz surau ni besar. Lebih kurang besar 2 rumah teres.. lengkap dengan aircond, tempat ambil wuduk dan tmpat simpan barang. Memang selesa surau kat sini.. Mulanya aku tak expect akan terjumpa surau disebabkan majoriti penduduk Bangkok bukan beragama islam, tetapi sangkaan aku meleset bahawa surau kat sini lebih besar dan selesa daripada airport kat Bayan Lepas dan KLIA. Zohor di Bangkok ialah pada jam 12.02pm.. Selepas selesai buat solat Jamak, aku lepak dalam surau... Banyak kali terlelap... Pada pukul 2.45pm aku bergerak ke level 1 untuk mengambil teksi ke Don Muang Airport (Domestic Airport). Perjalanan mengambil masa 40minit... Driver teksi ni walaupun tak faham bhs Inggeris tapi sentiasa tersenyum... Tapi yg paling best, teksi yg aku naik ialah Toyota Altis edisi baru.. semua teksi kat bangkok dari jenis Toyata Altis... kalau nak yg mahal sikit dari jenis Toyota Camry... Tambang teksi termasuk tol ialah 400 baht (rm40). Sampai Don Muang Airport dalam pukul 3.30pm... Flight aku ke Phitsanulok pada pukul 8.40pm.. So ada 5 jam yang perlu aku spend kat Don Muang Airport.. Tak ada yg menarik kat sini.... cuma banyak restoran. Badan pun dah penat.. so aku lepak kat ruang departure... sempat study untuk presentation esok hari.. Dalam pukul 6.00pm perut terasa lapar.. So aku pilih satu restoran yang nampaknya 'halal'. Tak ada tanda2 yang mendatangkan was2. Restoran ni namanya 'Silorn Village'.. So tanpa berlengah lagi aku order sat set ayam goreng, fries dan bun.. Sebiji macam snack plate kat KFC.. Bila time makan ayam, baru aku teringat macam mana diaorang sembelih ayam ni... ikut cara Islam ke?... Alamak dah was2.. Apalagi, terus stop makan ayam dan terus belasah french fries... Minum aku order Lime juice.. Semuanya harga 305bhat (Rm30.50)... Mahal jugak restoran ni... Biasalah restoran kat airport... Lepas tu aku sambung lepak... Banyak kali juga terlelap.. Apasal la mengantuk sangat ni... Heran jugak aku... Pukul 7.00pm, aku check-in. Naik flight Thai Airways... Pukul 8.40pm terus bergerak ke Phitsanulok... Sampai sana pukul 9.20pm.. lebih kurang 40 minit... Sampai je kat ruang arrival, aku ternampak beberapa orang budak pompuan pakai skirt hitam dan baju putih sambil memegang kadbod tertulis perkataan "ICBMIS Speakers'... Rupanya diaorang ni petugas conference yang menunggu semua participant as to give warm welcomes... aku terus berjumpa dengan petugas tersebut dan tak semena2 petugas tersebut terus menyapa "Are you Mr. Asmadi from Malaysia?....- Yes, i'm... - Please follow me.... Rupanya bas 2 tingkat tertulis University of Naresuan untuk ke Topland Hotel, tempat berlangsungnya conference sudah disediakan.... patut la sehari sebelum aku berlepas ke Phitsanulok, committee ICBMIS minta aku no. flight dan waktu ketibaan.. Turut bersama aku dalam bas tersebut seorang participant Mat Saleh, dan 2 lagi dari Taiwan... Termasuk aku, 4 orang semuanya... Tapi petugas yg datang menjemput dalam 10 orang... Bila aku bersembang dalam bas, rupanya petugas2 tadi ialah student university Naresuan.. Perjalanan ke Topland Hotel mengambil masa 15 minit.. Smpai je Topland Hotel, terus check-in.. Bilik aku no. 1512 (Deluxe Room). Sekali lagi aku disambut oleh petugas2 ICBMIS.. Sampai je bilik.., seperti biasa memberi salam dan masuk mula kaki kanan. Petua orang tua2... Lepas tu, mandi, solat jamak dan baca yassin. Bila masuk tempat baru, inilah amalan yg perlu dibuat... Alhamdulilah, terasa bilik ni 'selesa'... ruang pun luas. lengkap dengan semua kemudahan. Bila switch on TV, ada 4 channel siam dan 9 channel astro... Yg peliknya semua channel astro (star movie, espn, etc) dalam bahasa siam... Tak ke pelik mat salih cakap siam... yg paling kelakar malam tu star movie ada film Perancis... tapi pelakon semua dialih bahasa ke bahasa siam... cara diaorang alih bahasa pun mmg real... dah jadi macam betul2 cerita siam.... Pukul 2 am baru aku tidur.....
5 November 2008
Bangun kul 6.00am... Mandi dan solat subuh.. Pukul 7.00am aku turun ke level 2 untuk breakfast. Hanya makan roti dan buah.. Menu yang lain aku tak berani nak sentuh, sebab salah satu dari menu yg ada ialah dari bahan yg tak halal.... So aku assume semua menu tak halal.. Mungkin guna kuali atau periuk yg sama... Rasanya la.... Pukul 8.00am terus ke level 4, tempat conference berlangsung... kena buat pendaftaran dulu... bila tengok senarai participant, banyak country yg involved. Antaranya dari Australia, Bangladesh, Bulgaria, Camaroon, Fiji, Gambia, Ghana, India, Indonesia, Iran, japan, kenya, Mongolian, Nigeria, Pakistan, Saudi Arabia, Senegal, Taiwan, US, Thailand dan Malaysia. Semuanya lebih kurang 270 participants. Dari Malaysia, hanya 2 orang, aku dan sorang lagi dari UTM, Prof Madya Dr.Amran... Dari 270 orang yg hadir, terbahagi pula kepada 3 groups, - participant, presenter dan invited speaker.. Aku pulak dalam kumpulan invited speaker... Aku pun tak pasti macam mana boleh ada dlm kelompok invited speaker, ingatkan sebagai presenter je..... Majlis dimulakan dengan perasmian. Siap ada tarian kebudayaan dan multimedia berkaitan sejarah Phitsanulok... lepas tu keynote address dan tamat pada pukul 12.30pm. Lunch bermula.. Tapi kali ni committee conference dah mentioned, menu yg disediakan semuanya halal... Apalagi, sehari semalam tak jumpa nasi... Belasah sampai kenyang... Sewaktu makan, aku ternampak ada sorang participant ni muka mcm Melayu. So aku assume dia ni mungkin dari Malaysia selain dari Dr.Amran... Dengan ramah tamah aku pun menegur... Rupanya dari Indon... namanya Dr. Neghoro Setiadi. aku panggil bapak Setiadi... Terus join aku makan dan jadi geng aku sepanjang conference bersama Dr. Amran. Bukannya aku tak join participant lain... cuma agak selesa bila jumpa geng yang serumpun dan seagama.. Bapak Setiadi pulak pernah tinggal kat malaysia selama 4 tahun waktu dia buat PhD kat USM.. Pada pukul 1.30pm, acara presentation bermula... Turn aku yg keempat.. Lebih kurang pukul 3.30pm nama aku dipanggil oleh chair person. Yg syoknya aku dipanggil sebagai Dr. Asmadi.. Bila masa pulak aku dapat PhD... tapi takpa PhD in advanced... Bila naik ke stage dan tengok semua participant memerhati aku, terus rasa nervous.. Maklumlah first time present paper kat International Conference... tapi aku control nervous aku dan aku pesan kat diri aku... 'buat bodo je'.... So, alhamdulillah aku berjaya present paper selama 25 minit dengan lancar...dan seterusnya sessi soal jawab selama 15 minit... Ada 2 participant dari India yang bagi soalan. First participant bagi 4 soalan, dan 2nd participant bagi 3 soalan... Alhamdulillah aku berjaya menjawab... tapi aku sendiri dah lupa apa yg aku jawab.... Lepas abis present, acara minum petang.. waktu aku minum, participant yg menyoal aku tadi datang kat aku dan memperkenalkan dirinya. Rupanya dia dari bidang yg sama dengan aku (Library & Information Science).... namanya Dr. Arjun Dasgupta, dari University of Calcutta. Dia offer aku untuk bagi talks berkaitan tajuk yg aku present kat universiti dia di India... Dia suruh aku contact dia kalau aku berminat... so aku jawab, aku akan fikir dulu. Lepas tu aku terus naik bilik dan tidur kejap. Jam 6.00pm, aku dan bersiap. Malam ni ada welcome dinner. Start pukul 6.30pm. Kat sini jam 6.30pm dah gelap macam kul 8.00pm kat Malaysia. Makanan untuk dinner memang dah di beritahu, halal. So makan puas2. Lepak dengan geng2 Iran...kebetulan diaorang duduk sebelah dengan aku.. Rupanya geng2 Iran ni student phd kat UPM... Bila aku sebut aku dari Kedah, diaorang tahu... Dah 2 tahun diaorang stay kat malaysia... Sambil makan ada pertunjukan tarian tradisional dan band muzik main biola... Pukul 9.00pm aku naik bilik... Kenyang tahap gaban... Layan TV siam dan terus tertidur...
6 November 2008
Bangun kul 6.00am. Mandi dan solat subuh.. Kul 7.00am, turun breakfast. Aktiviti hari ni tengok presentation dari jam 9.00am sampai la jam 4.00pm. Alhamdulillah, banyak ilmu yg dapat... Naik ke bilik dan mandi. lepas tu bersiap. Petang ni ada trip melawat pekan phitsanulok... Kul 5.30pm turun ke lobby. Bas sudah tersedia. Tourist guide sepanjang perjalanan ialah student University Naresuan.. Destinasi pertama ialah ke University Naresuan, lebih kurang 20 minit perjalanan dari Topland Hotel.. Besar sungguh university ni... Mula2 melawat muzium textile dan kemudian melawat ke seluruh pelusok university.... Dapat tengok life student kat sana... Rupanya kat sini, malam hari adalah waktu yg aktif bagi diaorang... macam2 aktviti diaorang buat.... Lepas melawat university, semua participant di bawa pusing2 tengok pekan phitsanulok... Night life kat sini memang meriah... sibuk macam siang hari... Berhenti kat tengah2 pekan phitsanulok... Kat sini ada bazaar menjual pelbagai barangan. Lebih kurang macam Petaling Street kat KL.. Letih berjalan.... Setelah berjalan lebih kurang 800meter, baru jumpa restoran... perut dah terasa lapar... Makan kat satu restoran dengan Dr. Amran dan Dr. Setiadi...Pekena tomyam... Perggh.. memang sedap... walaupun pedas tapi nak makan lagi... Berpeluh2 aku makan.... Dr. Amran yg belanja... Dalam kul 10.00pm, kami semua bertolak ke hotel... Naik bilik terus mandi.... Kaki dah rasa lenguh2 sebab penat berjalan... Sebelum tidur, aku packing siap2... Esok pagi kena bangun awal...
7 November 2008
Bangun kul 5.30am...Bersiap... Pukul 6.15am, turn ke lobby dan check-out... Pukul 6.40am, bertolak ke airport dengan van yg disediakan oleh pihak hotel... Ada 3 participant dari India yang join sekali balik dengan aku... Sampai airport pukul 7.00am dan terus check-in.. Flight berlepas pukul 7.45am... dan sampai Don Muang Airport pukul 8.30am. Dalam pukul 9.00am naik bas ke Suvarnabhumi airport... Saja tak naik teksi... Nak merasa naik bas pulak... Bas kat thailand memang selesa... siap dengan air cond walaupun bukan bas ekspres... Kul 11.00am sampai kat airport... Check-in pukul 12.15pm dan flight ke Penang berlepas kul 2.15pm... Sampai Penang pukul 4.00pm (waktu Thailand).... Jam Malaysia dah pukul 5.00pm... Dilla, adam, aryana dan papa dan lama menunggu... Terus balik SP.... - The End-
(Gambar2 kat sana, boleh tengok kat fotopages aku...)

Subscribe to:
Posts (Atom)