Sunday, 28 September 2008
Lemang
Hari ni merupakan hari membakar lemang kat kwasan perumahan aku... last week baru meeting utk arrange hari membakar lemang.. kebanyakan jiran2 aku tak tahu cara yg betul utk bakar lemang... tapi setakat tengok orang bakar lemang mmg ramai la... termasuklah aku.. So hari ni, semua nak test power dgn harapan lemang yang dimasak 'menjadi'.. Pada pukul 10.30am, acara membasuh buluh bermula... lebih kurang 130 batang lemang dibasuh untuk buang miang buluh... lepas tu daun pisang pulak dimasukkan ke dalam batang lemang. Aktiviti ni memerlukan skill dan kesabaran yg tinggi... daun pisang mesti mencecah permukaan paling bawah dan terbuka dgn elok... Beras dimasukkan bersama santan yang dicampur dengan garam dan gula... Acara waktu pagi ni kira ok lah... sebab tak meletihkan... Bila masuk pukul 1.00pm, acara membakar bermula... sessi ni yang paling aku tak tahan... panas dgn haba bara api menusuk sehingga ke tulang... Dengan cuaca panas yang membahang, membuatkan tekak perit dan kering... waktu ni sungguh kurang ajar kalau2 ada sapa2 yang cerita pasal air buah, cendul, laici kang dan yang sealiran dengannya... Tepat kul 4.00pm... dah ada lemang yg masak... Alhamdullilah semua lemang 'menjadi'.... Insyallah tahun depan kami akan buat untuk dijual pulak.. Gambar2 aktiviti membakar lemang aku upload kat fotopages...
Friday, 19 September 2008
Demam
Dua hari lepas tetiba aku demam panas.... Dah lama tak demam, tapi yang tak syoknya demam dalam bulan puasa... Nak kata berjangkit akibat virus, tak dak pulak dalam family aku yg demam. Tekak perit sangat... Nak telan pun sakit... Badan tiba2 rasa sejuk dan lenguh2... Nak berjalan pun tak bermaya... Dilla suruh makan ubat, tapi sayang pulak nak ponteng puasa. So aku layan tidur sampai waktu berbuka.. Bila bangun je, kepala rasa berat... Aku berbuka dengan minum air segelas dan terus makan ubat... lepas tu sambung tidur. Dilla kata aku meracau waktu tidur, cakap merapu2... Mungkin suhu badan panas sangat... Pukul 10.30 malam baru bangun... badan dah kebah sikit tapi kepala rasa pening lagi... Ingatkan dah baik, tapi dalam kul 1.00 pagi, badan aku demam semula... Sahur pun minum air je... sebab tak selera makan... Tekak sakit yg amat sangat.... Esoknya badan aku still panas.... At last, dalam kul 10.00 pagi, aku terpaksa ponteng puasa untuk makan ubat.... Dalam tengahari demam dah kebah, tapi tekak aku still sakit.... Bila fikir2 balik, nasib baik demam dalam bulan posa, kalau demam waktu raya lagi leceh... Satu lagi, mungkin aku ada terbuat silap dan salah, so Allah bagi aku peringatan...
Sunday, 14 September 2008
I'm Back
Assalamualaikum… aku seperti baru bermula nak menulis di blog… dah lama blog aku ni kelihatan kaku… lebih kurang sebulan lebih aku tak menyentuh blog ni… terlalu sibuk dengan tugasan PhD. Sepanjang bulan Ogos hingga 11 September aku terpaksa menyiapkan salah satu research methodology yg dikenali sebagai Content Analysis menggunakan software NVivo. Aku terpaksa menganalisa 4 manual berkaitan bidang records management daripada 4 negara – Canada, Australia, UK dan US. Lebih kurang 850 pages yang bukan sahaja kena baca dan faham malah kena decide the theme for every single sentence. Bayangkan dalam setiap page ada lebih kurang 60 sentences, so 850 x 60 = 51,000 sentences… Rasa macam nak pecah kepala… dan dalam masa yang sama lebih kurang 3 kali aku cukur kepala aku umpama askar recruit yg baru join army… bila tension, aku basuh kepala atau mandi… bila sejuk je kulit kepala rasa otak fresh je… Pada 4 September 2008, aku menghadiri kursus Analysis Qualitative Data anjuran College of Business (COB) di UUM. So waktu kursus tu berakhir aku pun jumpa dengan penceramah (pensyarah kanan kat COB) dan tunjuk content analysis yg aku dah buat… dia kata dia tak sanggup buat content analysis seperti yg aku buat… mmg rigid dan memenatkan dan tak sesuai untuk pengajian PhD yang perlu dihabiskan dlm masa 3-4 tahun… kira berbangga jugak aku sebab berjaya selesaikan lebih kurang 80% dari keseluruhan 4 manual…. At last dia sanggup jadi co-supervisor aku. At least ada seorang expert untuk verify apa yg dah aku buat. Tak la syok sendiri.…. Selain dari PM Dr.Rusnah sebagai Main Supervisor aku, ada lagi sorang co-supervisor aku...Dr.Noorman namanya. Dr.Noorman ni ditugaskan untuk memantau research methodology aku…
Sebagai menambahkan kesibukan aku… sepanjang bulan ogos ni.. aku berjaya menulis satu kertas kerja untuk pembentangan di International Conference di Thailand pada 5-6 November 2008. Saja je aku submit abstract kat committee conference tu, dan alhamdulillah tajuk aku diterima untuk pembentangan… So bulan November ni jadi Tahun Melawat Thailand… ni la first time aku present kat oversea. Selama ni dalam Msia je… semua kos untuk present, UiTM yang tanggung… aku cuma buat passport je….
And then, sepanjang bulan Ogos jugak aku berjaya menyiapkan Questionnaire sbg salah satu method untuk quantitative data… tapi baru 70% siap kerana perlu menunggu input dari Focus Group Discussion yang akan aku buat lepas raya nanti… Sebagai mengaplikasikan trend mempunyai blog peribadi maka utk tujuan Phd, maka aku dah create satu blog khusus utk para respondent aku merujuk di kala mereka menjawab soalan nanti.... so that mereka akan tahu apa yg aku nak dan apa yg perlu mereka jawab..... Actually bukan bermaksud semua tugasan aku buat dalam bulan Ogos, tapi penyediaan untuk buat draft Questionnaire, soalan Focus Group Discussion dan Content analysis sudah bermula sejak 10 bulan lepas… aku pun dah tak pasti dah berapa banyak article, buku dan macam2 material yang aku study untuk buat ketiga2 method tadi… Rasanya lebih dari seratus bahan… Lepas tu pulak setiap bahan bukannya sekali aku baca malah kadang2 sampai 4-5 kali untuk betul2 faham…. Bilik aku pun dah jadi macam tongkang pecah…

Lastly pada 12 September 2008, aku ke Shah Alam, jumpa PM Dr. Rusnah untuk submit apa yg dah aku buat… Alhamdulillah dia berpuas hati, walaupun ada beberapa amendments yg perlu aku buat… Inilah dunia aku bermula Julai 2007 sampai la sekarang…Akan aku cuba habiskan journey ni dalammasa 3 tahun… Insyallah….

Subscribe to:
Posts (Atom)