Monday, 19 May 2008

Dah boring sangat le ni....

Pagi ni... bila nak start study.. tetiba rasa boring tahap gaban.. apa lagi layan MagMyPic la....




Wednesday, 14 May 2008

Sepagi Bersama Aryana Sofea



Kelmarin 14 mei, pengasuh anak aku, mak cik Siah mengambil cuti... So, aku lah yang kena mengasuh baby aku..Pagi tu selepas menghantar adam ke sekolah, aku membawa Aryana bersiar-siar kat taman permainan berhadapan dengan rumah aku. Sungguh indah di pagi ini dengan suasana nyaman dan segar bersama kicauan burung dikejauhan menyambut kehadiran mentari pagi yang mulai menyinar bagi memberi seribu harapan kepada warga manusia untuk meneruskan kehidupan di bumi tercinta ini. Aku pulak sempat membawa kamera bagi merakam detik2 pagi yang segar ini.
Lepas bersiar2 di taman permainan, kami menikmati pula suasana di halaman rumah. Aku pulak sempat mengambil gambar bunga2 di sekeliling halaman rumah. Actually sambil belajar mengambil foto mnggunakan teknik macro mode untuk mengambil gambar dekat.








Saturday, 10 May 2008

Hukum Jumpa Bomoh & Cara Elak Gangguan

Dewasa ini masih ada sekelompok masyarakat yang masih mempercayai bomoh. Dulu, istilah 'bomoh' amat popular di kalangan masyarakat kampung dan di pedalaman kerana 'bomoh' bagi mereka dianggap sebagai suatu sumber perubatan dan pengubatan ditambah pula dengan kekurangan kemudahan kesihatan oleh pihak kerajaan. Namun kini, masyarakat bandar juga masih percaya akan kemampuan bomoh dalam mengatasi kemelut masalah mereka. Natijahnya tidak semua penyakit dan masalah kesihatan mampu disembuhkan oleh ubat-ubatan moden dan juga tidak semua penyakit dan masalah kesihatan mampu disembuhkan oleh ubatan tradisional. Namun perlu dingat setiap penyakit datang dari Allah SWT dan setiap penyakit juga ada penawarnya. Berbalik kepada persoalan penggunaan bomoh di kalangan masyarakat kita, ada segelintir masyarakat yang menggunakan bomoh untuk melariskan perniagaan, menaikkan seri muka, membalas dendam dan pelbagai tujuan lagi. Namun secara hakikatnya tanpa kita sedar, penggunaan khidmat bomoh boleh membawa kepada syirik iaitu salah satu dosa besar dan amat dilaknati oleh Allah SWT. Kita renungi bukti2 seperti berikut mengenai hukum meminta pertolongan dengan bomoh.

Barang siapa yang mendatangi tukang tilik dan ditanya mengenai sesuatu maka tidak diterima solatnya selama 40 hari (Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w.
Tukang nujum atau tukang tilik tetap berdusta walaupun apa yang mereka bawa itu benar.

Barang siapa yang datang kepada tukang ramal atau bomoh lalu percaya kepadanya dengan apa yang dikatakannya maka ia benar-benar telah kufur kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. (Hadis riwayat Ahmad)

Kami telah muliakan manusia itu dengan memberi rezeki kenderaan di darat dan di laut dan dengan memberikan rezeki yang baik dan Kami telah lebihkan dia daripada makhluk-makhluk yang lain (Surah al-Isra’ : 70)

Apabila kita dirasuk oleh syaitan ataupun jin maka hendaklah kita mengubatinya dengan cara yang menurut oleh syarak. Memohon pertolongan tukang sihir adalah haram dan boleh menyebabkan akidah kita menjadi rosak dan syahadah menjadi gugur akibat kembali kepada mereka yang memuja jin atau syaitan dalam apa cara sekalipun (Ismail Kamus, 2006).

Dalam menelusuri kehidupan kita seharian, kita boleh mengelakkan diri daripada gangguan jin, syaitan dan sihir melalui amalan-amalan dibawah:
  • Sentiasa berzikir kepada Allah.
  • Apabila menuang air panas, sebutlah nama Allah atau membaca istia’zah dan basmallah.
  • Jangan menuang air panas ke dalam tandas kerana itu tempat jin dan syaitan.
  • Apabila masuk ke bilik yang gelap, bacalah Basmalah.
  • Apabila membaling sesuatu yang berat ke bumi, sebutlah basmalah.
  • Apabila terjun dari tempat tinggi, sebutlah basmalah.
  • Jangan buang air kecil di dalam lubang.
  • Jangan tidur seorang diri. Jika terpaksa tidur seorang diri hendaklah berwuduk dan membaca zikir tidur.
  • Jangan menyakiti kucing dan anjing.
  • Jangan membunuh ular yang berada di rumah. Hendaklah dihalau sebanyak 3 kali.
  • Jangan berjalan seorang diri di hutan.
  • Mengamalkan surah al-ikhlas, al-falaq, al-nas dan ayat kursi.
  • Hidupkan suasana Al-Quran di rumah.
  • Menyebut zikir La ilahaillallah 100 kali sehari.
  • Sentiasa membaca ayat-ayat yang mengandungi makna bagi membatalkan sihir seperti surah al-A’raf : 118 dan 119, surah Taha : 69.
  • Makan buah tamar.

InsyAllah, dengan izin Allah SWT, kita akan dilindungi daripada gangguan2 tersebut. Sentiasa berdoa ke hadrat Allah SWT agar kita sentiasa dilindungi dan dalam masa yang sama menunaikan amalan2 yang diperintahNya.


PERFUMES

Jika anda peminat perfumes, berikut adalah brand yang boleh dicuba dan terdapat di pasaran. Saiz yang ada ialah 30ml, 35ml, 40ml, 50ml, 60ml, 75ml, 100ml, 110ml, 125ml (mengikut brand) dan harga dalam lingkungan RM100 - RM300.

  1. AZZARO (Azzaro Pour Homme, Azzaro Chrome, Azzura)
  2. ARAMIS (Aramis Classic, Havana)
  3. BURBERRY'S (Burberry's Touch, London, Week End)
  4. BVLGARI (Bvlgari Pour Homme, Bvlgari Extreme, Bvlgari BLV, Bvlgari BLV Homme, Bvlgari Black)
  5. CALVIN KLEIN (CK One, CK BE, Escape, Enternity, Contradiction, Calvin, Obsession, CK Truth, CK Crave, Enternity Rose Blush)
  6. CAROLINA HERRERA (Arqua Flore, Herrera EDP, Herrera EDT, Herrera 212, Herrera 212 Ice, Herrera Chik)
  7. CERRUTTI (Cerrutti 1881 Man, Cerrutti 1881 Women, Cerrutti Imgae EDT)
  8. CHANEL (Chanel No.5, Chanel No.19, Chanel Coco, Chanel Christalle, Chanel Allure, Allure Homme, Antaeus, Egoiste Platinum, Chanel Chance)
  9. CHRISTIAN DIOR (Poison, Dune, Dune for Men, Tender Poison, Dolce Vita, Miss Dior, Diorissmo, Hypnotic Poison, Pure Poison, Jadore EDP, Eau De Dolce Vita, Farenheit, Eau Savage, E/Savage Extreme, Higher Dior, I Love Dior, Dior Addict, Jadore EDT)
  10. CLINIQUE (Clinique Happy, Clinique Happy For Men, Clinique Happy Heart)
  11. DAVIDOFF (DVD Coolwater, DVD Goodlife, DVD Echo, DVD Cool Deep, DVD Games)
  12. DUNHILL (Dunhill D, Dunhill Edition, Dunhill Desire, Dunhill X Centric, Dunhill Desire Blue, Dunhill Boxer, Dunhill Fresh)
  13. DOLCE GABANNA (D&G PDT, D&G EDP, D&G BY EDP, D&G BY EDT, D&G Feminine, D&G Musculine, D&G Light Blue, DKNY)
  14. ELIZABETH ARDEN (Splendor, 5th Avenue, Sun Flower, Red Door, Red Door EDT, Red Door EDP, Green Tea, True Love, Arden Beaute, Unbond, Forever Elizabeth)
  15. EMPORIO ARMANI (Emporio Armani, Emporio AR White)
  16. ESCADA BEAUTE (Margarethaley EDP, Margarethaley EDT, Escada Acte 2 EDP, Escada Sentiment, Escada Ibiza Hippie)
  17. ESTEE LAUDER (Pleasure, Beautiful, Dazzling, White Linen, Knowing, Intuition, Intense, Beautiful Sheer)
  18. FERRARI (Ferrari Red, Ferrari Yellow, Ferrari Black, Ferrari Donna, Ferrari F1)
  19. GIANNI VERSACE (Dreamer SP, V/S Versace, V/S For Men, Blue Jeans EDT, Green Jeans EDT, Yellow Jeans EDT, Black Jeans EDT, Metal Jeans EDT, White Jeans EDT, Baby Blue Jeans EDT, Baby Rose Jeans EDT, Versace Women EDP, Versace Emotional EDP)
  20. GIORGIO ARMANI (GIO EDP, Acqua Di Gio EDT, Armani P/H EDT, Armani Mania EDT, GA Sensi EDP)
  21. GIORGIO BEVERLY HILLS (Giorgio G EDP, Giorgio EDT, Red 2, Ocean Dream, Wing's EDT)
  22. GIVENCHY (Givenchy Amarige EDT, Extravagance EDT, Givenchy Organza EDT, Givenchy EDT)
  23. GUCCI (Envy EDT, Nobile EDT, Envy EDP, Envy Me EDP, Gucci Rush EDT, Eau De Gucci EDT, Gucci Rush 2 EDT, Gucci Rush EDT)
  24. GUERLAIN (Champ Elysees EDT, Samsara EDT, Champ Elysees To Much)
  25. GUY LAROCHE (Drakkar Noir EDT, Drakkar Dynamic)
  26. HUGO BOSS (Boss No.6, Hugo Man EDT, Hugo Dark Blue EDT, Element Acqua EDT, Hugo Women EDT, Hugo Deep Red EDP, Boss in Montion, Boss Intense EDP)
  27. ISSEY MIYAKE (Issey Miyake EDT, Issey Miyake, L'Feu D'issey EDT, L'Ran Deu D'issey Light)
  28. JAGUAR (Jaguar EDT, Jaguar SE, Miss Jaguar EDT)
  29. JOOP (Joop Homme EDT)
  30. JPG (JPG EDT, JPG Le Male EDT)
  31. KENZO (L'Eau Par Kenzo, Jungle Elephant EDT, Kenzo Flower EDT)
  32. LANCOME (L Poeme EDP, L Tresor EDP, L Oui EDT, Miracle EDP, Miracle So Magic, Miracle EDP Man)
  33. MONT BLANC (Mont Blanc EDT M&L)
  34. MOSCHINO (M Chick Chip EDT)
  35. NINA RICCI (Nina Ricci Premier Jour EDP)
  36. PACCO RABANNE (Paco XS EDT, Paco Sport EDT, Paco Altraviolet)
  37. RALFH LAUREN (Polo Sport EDT, Safari EDT, Romance EDP, Ralph EDT, Glamorous EDP, Polo Blue EDT)
  38. SALVATORE FERRAGAMO (Ferragamo EDP)
  39. SWISS ARMY (Swiss Army EDT)
  40. TOMMY HILFIGER (Tommy Freedom EDT, Tommy Girls, Tommy T)
  41. YSL (YSL Paris EDP, YSL Opium EDP, YSL Baby Doll EDT, YSL Jazz, YSL Kouros)
  42. THIERRY MUGLER (Angel, Angel Innocent, Angel A Men, Angel B Men)
  43. LOLITA LAMPIKA (Lolita Lampika)

Wednesday, 7 May 2008

Konvokesyen Graduan Muda Tadika Al-Irfan

Salah satu kenangan manis pada tahun 2007 ialah pada Hari Konvokesyen anak teruna aku, Adam Irman. Pada 10 November 2007, satu majlis Konvokesyen untuk Tadika Al-Irfan telah diadakan di Dewan Perwaja. Gurun Kedah.. Hampir seratus pelajar dari 4 cawangan Tadika Al-Irfan mengambil bahagian untuk majlis tersebut... Pelbagai acara dan program telah diatur sepanjang berlangsungnya majlis tersebut termasuk acara menyanyi, drama, boria, nasyid dan pelbagai lagi.
Pengacara Majlis ialah saudara Nazree (bekas penyanyi kumpulan Raihan) berjaya mengendalikan majlis tersebut... Adam Irman tidak terkecuali menyertai acara nasyid.. Tapi seperti biasa dia agak malu2 ketika menyanyi... nampak sangat muka gabranya... Aku melihat pelbagai ragam kanak-kanak.. ada yang menangis, ada yang hyper-active, ada yang melekat kat ibu bapa sepanjang masa dan bermacam2 ragam lagi.....
Tetapi yang paling mengembirakan dan membanggakan aku dan isteri ialah apabila Adam diumumkan mendapat tempat pertama dalam kelasnya.... Sebelum ke majlis tersebut Adam ada memberitahu aku dan isteri bahawa dia dapat tempat pertama. Tapi kami tak percaya sebab tiada bukti melalui report book atau makluman dari cikgu2 tadika. Satu lagi sebab mengapa kami tak percaya ialah sifat Adam yang terlalu confident. Apa jua perkara yang dia buat seperti ujian bulanan dan peperiksaan akhir, semuanya dikatakan macam kacang... Maksudnya tiada apa jua perkara yang susah baginya. Kadang2 kita sebagai orang dewasa tidak perlu malu utk mengambil pedoman dari sifat kanak2. Mungkin disebabkan Adam yang selalu think positive dalam semua perkara membuatkan dirinya confident dan fokus. Dan yang membanggakan lagi, dia turut diumumkan sebagai pelajar terbaik keseluruhan... Terkebil2 Adam naik ke pentas menerima hadiah... Rasanya dia pun tak percaya apabila diumumkan.... Tahniah Adam... Babah & mama bangga dengan Adam..... Moga Adam akan lebih berjaya lagi di masa akan datang...

Cloning Image

A few examples of cloning image....

Aku & aku

Ramai yang membantu


Adam Irman & his friends

Bikers

Ketika aku berumur 12 tahun, aku cukup minat melihat motorsikal berkuasa tinggi. Aku menanamkan cita2 bila dewasa nanti, akan aku mempunyai sebuah motorsikal berkuasa tinggi. Aku masih ingat, di ketika berumur 12 tahun, semua majalah, akhbar dan buku yang mempunyai gambar motor berkuasa tinggi akan ku koyak dan tampalkan di pintu almari bersebelahan dengan katil aku sehinggalah ke dinding bilik. Sebelum tidur, aku lihat gambar2 motor tersebut dan tercetuslah angan2 menunggang motor besar. Aruah ibu aku sering marah melihat almari dan dinding aku dipenuhi dengan gambar2 motor... Mungkin cara tampalan aku agak menyesakkan mata memandang... tapi dengan menggunakan kreativiti, aku susun dan tampalkan kembali gambar2 motor tersebut dengan tersusun dan terurus. At last aruah ibuku tidak lagi memarahi aku kerana mungkin dan bosan dengan perangai aku atau mungkin senang melihat cara gambar2 tersebut disusun. Setelah usia ku meningkat remaja, aku menjadi peminat majalah Roda-Roda (hingga kini masih diterbitkan). Di kala ada motor besar melintas atau lalu di hadapan aku maka seperti ada malaikat lalu. Kaku seketika...... dan sehingga kini minat aku kepada motorsikal berkuasa tinggi masih utuh dan sentiasa subur di sanubari.... Pada tahun 2005, aku berjaya memiliki sebuah motorsikal 500cc jenis Kawasaki Vulcan dengan harga RM7500 (second hand). Itulah motor besar aku yang pertama yang berjaya dimiliki walaupun sebelum itu aku sudah memiliki beberapa kapcai. Setelah memilikinya beberapa bulan, baru aku mengambil lesen kelas B full (250cc ke atas).
Inilah gambar motorsikal aku ketika menunggang ke ofis. Walaupun begitu, setelah memiliki Vulcan 500cc ini selama satu setengah tahun, aku jual dengan harga RM7000 dengan seorang rakan sekerja... Duit tersebut aku gunakan untuk menukar enjin kereta kancil aku yang sudah lama dan perlu ditukar... (seperti yang pernah aku ceritakan di ruang 'Kancil MIRA ku'). Namun, harapan untuk memiliki sebuah motorsikal besar masih subur. Aku bercita2 hendak memiliki motorsikal yang lebih besar lagi, mungkin 900cc, 1600cc atau 2000cc.. InsyaAllah, jika tiada aral melintang, mungkin selepas tamat pengajian PhD, akan aku milikinya untuk kali kedua... (walaupun mendapat tentangan dari isteriku...).

Mungkin yang ini (Kawasaki Vulcan 900cc)................

atau yang ini (Kawasaki Vulcan 1600cc)...............................

atau mungkin juga yang ini (Kawasaki Vulcan 2000cc)...........

Tunggu.... kemunculannya....

Paranormal

Just to share my article regarding paranormal activities. This paper has been presented at National Conference of Social Science & ICT on July 2006 - Holiday Villa, Langkawi.

PARANORMAL: DARI SUDUT AGAMA, SAINS DAN KEPERCAYAAN
Paranormal adalah gabungan dua perkataan iaitu para yang bermaksud menjangkaui dan perkataan normal yang merujuk kepada pola atau keadaan yang lazim. Istilah paranormal pada masa ini sememangnya sering dikaitkan dengan kejadian yang berpunca daripada mahkluk ghaib. Definisi hantu menurut Oxford Fajar Kamus English-Melayu ialah roh orang mati yang munul di hadapan seseorang yang masih hidup. Definisi entiti menurut Dewan Bahasa & Pustaka ialah sesuatu yang mempunyai kewujudannya yang tersendiri, jin-makhluk halus; ifrit-roh jin yang jahat; syaitan-makhluk halus yang jahat dan roh-bahagian dalam manusia yang mempunyai daya, benda hidup berjasad (malaikat, jin, syaitan) semangat dan jiwa.

Paranormal juga mencipta nama bagi segelintir kumpulan yang mencari dan cuba mengkaji mahkluk halus ini seperti kumpulan entiti, seekers, @plusma dan beberapa lagi kumpulan di Malaysia. Malah terdapat beratus-ratus lagi persatuan dan pertubuhan di luar negara yang turut mengkaji fenomena paranormal. Walau bagaimanapun kajian mengenai paranormal ini kadangkala ditolak oleh ilmu sains kerana fenomena tersebut tidak boleh dibuktikan secara saintifik. Kertas kerja ini akan lebih menjurus kepada kewujudan makhluk-makhluk ghaib yang kebanyakannya akan berpaksikan kepada Al-Quran dan Hadis serta dikaitkan dengan penggunaan peralatan atau perkakasan berteknologi moden. Walau bagaimanapun masih terdapat kekeliruan atau percanggahan pendapat mengenai kewujudan paranormal. Kebanyakan para pengkaji paranormal dari barat berpendapat bahawa hantu adalah roh orang yang telah mati. Namun begitu dari sudut agama pula hantu adalah dari golongan-golongan jin seperti yang terdapat di dalam Al Quran. Percanggahan pendapat ini mungkin disebabkan pengetahuan manusia biasa dalam kewujudan makhluk ghaib ini adalah begitu sedikit dan tidak menyeluruh. Seperti dalam firman Allah:

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh, katakan ’Roh itu dari perkara urusan Tuhanku, dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja’
(Surah Al-Israa’ : 85)


Dalam membincangkan topik ini, kita tidak boleh lari dari sudut keagamaan. Dalam ajaran Islam, manusia adalah salah satu makhluk yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Selain itu juga kita perlu mengetahui dan mempercayai akan kewujudan makhluk-makhluk lain yang juga diciptakan oleh Allah S.W.T. Dengan mengkaji kewujudan makhluk-makhluk ghaib maka kita akan lebih mengetahui akan hakikat kejadian mahkluk tersebut secara umum di mana kajian ini juga akan terbatas dengan kekayaan dan kekuasaan ilmu dari Allah S.W.T. yang sesungguhnya lebih luas dan tidak mampu dicakupi oleh pemikiran manusia.
Namun demikian, jika dibandingkan dengan pendapat penyelidik barat yang lebih menumpukan kepada isu-isu kejayaan sesebuah organisasi maka mereka sebenarnya sukar mengakui kesahihan kejadian paranormal atau kejadian-kejadian yang berkaitan dengan alam ghaib. Salah satu contoh ialah penafian mereka bahawa gerak hati atau kadangkala disebut sebagai ‘gut feel’ atau ‘intuition’ itu adalah sebahagian daripada perkara paranormal, tetapi dalam pada masa yang sama mengakui gerak hati itu boleh menyumbang kepada kejayaan organisasi. Oleh kerana kelebihan gerak hati ini tadi maka mereka mendakwa ianya sebagai sesuatu yang sebenarnya normal dan boleh dikembangkan dan dipelajari dengan akal walaupun dalam pada masa yang sama terpaksa mengakui di antara sumber gerak hati ini terhasil daripada keadaan tidak sedar (unconcious) (Lank & Lank, 1995, p.19). Keadaan tidak sedar itu sebenarnya adalah di antara elemen yang dikaitkan dengan kejadian paranormal dan gerak hati itu sebenarnya adalah bahagian kecil daripada pengkajian mengenai kerohanian (spiritual) dan mempunyai kaitan yang rapat dengan agama(religion)(Korac-Kakabadse, Kouzmin & Kakabadse, 2002, p.165). Walaubagaimanapun, oleh kerana fahaman sekularisme telah membayangi cara kehidupan dan pedoman masyarakat barat, maka kerohanian yang pada asalnya wujud daripada kepercayaan kepada Tuhan melalui ibadah keagamaan telah disisihkan dan dianggap sekadar sejarah.

Punca mereka menyisihkan agama dari kehidupan seharian ini antaranya bertitik tolak dari bab-bab agama itu yang turut membicarakan perkara-perkara alam ghaib yang dilihat oleh mereka sebagai tidak saintifik kerana tidak boleh dihuraikan secara sistematik, teratur dan logik. Namun di dalam kesamaran yang diciptakan oleh mereka sendiri, mereka tetap mengakui bahawa keagamaan itu adalah satu-satunya jalan bagi kebanyakan manusia untuk memantapkan kerohanian mereka (Howard, 2002, p.232). Oleh yang demikian tidak dapat disangkal bahawa spiritual sebenarnya didorongi oleh kepercayan kepada Tuhan dan kekuatan agama yang diamalkan oleh seseorang individu itu. Dikatakan bahawa pengisian untuk spiritual ialah ibadah yang ikhlas dan bersungguh-sungguh kepada Tuhan.

Dewasa ini menunjukan wujud kecenderungan golongan yang cuba mengkaji rohani dan dipercayai mampu memberikan manfaat sehingga ianya dijadikan agenda penting di dalam bidang pengurusan. Sebenarnya beberapa tokoh penting seperti Maslow melalui bukunya yang bertajuk Motivation and personality sejak tahun 1970 lagi, telahpun menonjolkan kepentingan rohani ini sebagaimana yang dilaporkan oleh Howard (2002, p.231). Moxley (2000, p.23) pula mengatakan walau di mana kita berada, rohani itu tetap wujud dan bersama dengan diri seseorang itu, dan tambah beliau lagi rohani itu diibaratkan sebagai “the unseen force”.

KEWUJUDAN MAKHLUK GHAIB
Di dalam Islam, roh itu sering dikaitkan dengan manusia dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar, manakala yang dilihat dengan mata kasar saban hari ialah jasad dan roh itu sebenarnya terselindung disebalik jasad. Tatkala manusia itu sudah sampai ajalnya maka nyawa atau roh tadi akan ‘diambil’ oleh Tuhan dan yang tinggal hanyalah jasad manusia tadi. Pengkaji Barat juga mengakui akan kewujudan roh dalam diri jasad manusia selain emosi dan minda (Howard 2002, p.230). Oleh itu dapat disimpulkan bahawa di dalam Islam makhluk ghaib ciptaan Tuhan itu terdiri daripada roh(manusia), malaikat, dan jin.

Menurut Moxley (2000), langkah pertama untuk memahami perkara ghaib itu ialah manusia perlu menanam sikap mempercayai akan kewujudan perkara ghaib ini terlebih dahulu. Pendapat beliau ini sebenarnya telah lama menjadi pegangan agama Islam yang antara lain menuntut umatnya untuk mempercayai akan hari akhirat dan mempercayai kewujudan malaikat yang mana kesemua ini adalah perkara ghaib yang tidak dapat dibayangkan dan dilihat dengan mata kasar manusia apatah lagi untuk merasainya.

Makhluk-makhluk ghaib yang akan dibincangkan termasuklah jin, syaitan dan iblis. Keturunun jin adalah berasal daripada ’Jaan’ yang pada mulanya adalah makhluk Allah S.W.T yang beriman kepadaNya. Keturunan ’Jaan’ terbahagi kepada dua iaitu yang beriman kepada Allah S.W.T dan yang kufur kepada Allah S.W.T. Makhluk ghaib yang diciptakan oleh Allah S.W.T adalah tidak berjisim dan justeru itu tidak dapat dilihat dan dirasai oleh kebanyakan manusia. Kejadiannya juga adalah berbeza iaitu malaikat dijadikan daripada cahaya manakala jin, iblis dan syaitan adalah daripada api (Haron Din, 1990). Antara surah-surah dari Al-Quran yang menerangkan mengenai kejadian jin ialah :

Dan ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang.
(Surah Ar-Rahmaan : 15)

"Apakah halangan yang menghalangmu daripada sujud ketika Aku memerintahkanmu?" Iblis memjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan aku daripada api, sedangkan Engkau jadikan dia dengan tanah".
(Surah Al-A’raaf : 12)

Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.
(Surah Al-Hijr : 27)

Mempercayai kewujudan makhluk-makhluk ghaib adalah harus sebagaimana firman Allah S.W.T.:
Al-Quran itu tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi mereka yang bertakwa iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan sembahyang dan menggunakan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.
(al-Baqarah, 2-40)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud
’Malaikat diciptakan daripada cahaya, jin diciptakan daripada nyalaan api sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah menjadi sifat bagimu’
(Hadis riwayat Muslim)

Ada pendapat yang mengatakan bahawa rupa bentuk jin tidak banyak berbeza daripada kejadian manusia, iaitu mereka mempunyai jantina, mata, hidung, tangan, kaki, telinga dan sebagainya. Pada dasarnya 80 hingga ke 90 % jin menyerupai manusia. Cuma yang berbezanya fizikal jin adalah lebih kecil dan halus daripada manusia. Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, terlalu tinggi dan mempunyai pelbagai warna seperti putih, merah, biru, hitam dan sebagainya. Jin kafir dan jin Islam yang fasik itu mempunyai rupa yang hodoh dan menakutkan. Manakala jin Islam yang soleh pula mempunyai rupa paras yang elok. Ketinggian jin yang sebenarnya adalah kira-kira tiga hasta sahaja. Pengetahuan mereka lebih luas dan mempunyai umur yang panjang sehingga mecapai ribuan tahun. Kecepatan jin bergerak adalah melebihi gerak cahaya dalam satu saat. Memandangkan jin adalah terdiri daripada makluk yang seni dan tersembunyi, tidak zahir seperti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh diduduki oleh berjuta-juta jin dan ianya juga boleh memasuki dan menghuni tubuh badan manusia. Rasulullah SAW telah bersabda:

Jin itu ada 3 golongan. Satu golongan mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu golongan lagi berpindah dan bertempat.
(Hadis riwayat Imam At-Tabrani)

Jumlah jin terlalu ramai sehingga menurut sesetengah pendapat bilangannya ialah jumlah semua manusia daripada Nabi Adam hingga ke hari kiamat di darab dengan haiwan-haiwan, di darab dengan batu-batu, di darab dengan pasir-pasir dan semua tumbuh-tumbuhan manakala jumlah keseluruhan Malaikat hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang lebih mengetahuinya. Rasulullah SAW bersabda :

Allah menjadikan para malaikat, jin dan manusia kepada sepuluh bahagian. Kadar bilangan malaikat adalah 9/10 sedangkan kadar jin dan manusia itu hanya 1/10. Dan kemudian daripada satu bahagian yang terakhir dipecahkan pula kepada sepuluh bahagian kecil; 9 bahagian kecil daripadanya adalah bilangan jin manakala satu bahagian lagi adalah manusia.

Terdapat beberapa perbezaan di antara jin, ifrit, syaitan dan iblis walaupun mereka adalah tergolong dalam golongan jin. Contohnya jin merupakan makhkluk yang tersembunyi, berpengetahuan luas dan mempunyai usia yang panjang. Ifrit pula adalah golongan jin yang sangat kuat, bijak menipu, sombong, derhaka kepada Allah dan amat membenci manusia. Seperti dalam firman Allah mengenai peristiwa Nabi Sulaiman a.s. dengan Ratu Sabak:

Berkatalah ifrit dari golongan jin ’Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah’
(Surah An-Naml : 39)

Iblis dan syaitan merupakan golongan jin yang sombong, derhaka dan menjadi musuh utama manusia. Sesetengah ulama berpendapat, iblis asalnya bernama Azazil yang merupakan jin yang paling alim dan menjadi ketua ahli ibadat kepada jin dan malaikat. Namun disebabkan keangkuhan dan takbur maka Allah telah melaknatnya menjadi kafir dengan nama iblis. Bermula pada saat itulah iblis memusuhi manusia sehingga hari kiamat.
Firman Allah :
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya...
(Surah Al-Anaam : 112)

KEPERCAYAAN TERHADAP HANTU OLEH MASYARAKAT MELAYU
Kepercayaan terhadap makhluk halus di kalangan masyarakat Melayu telah menjadi perbualan dari generasi ke generasi. Menurut orang Melayu, jin mempunyai beberapa nama dan gelaran menurut perwatakan dan rupa bentuk penjelmaan mereka. Mengikut pendapat orang tua-tua, kononnya hantu (gelaran orang) adalah iblis atau syaitan yang dilaknati Allah dan akan menjelma dalam pelbagai bentuk yang menakutkan. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa hantu berasal daripada manusia yang mengamalkan ilmu-ilmu sesat. Jika ditanya secara spontan mengenai hantu kepada masyarakat kita maka mereka mengatakan bahawa hantu adalah lembaga yang menakutkan, bertaring, berwajah hodoh, terbang melayang sehinggakan ada yang berpendapat hantu boleh mencederakan malah membunuh manusia (Syed Abdullah Alattas, 2004).

Ada juga mengatakan hantu berasal daripada roh-roh orang yang telah meninggal dunia secara kejam dan teraniaya. Kebanyakan nama jin dimulai dengan hantu dan hantu sebenarnya adalah terdiri daripada golongan jin. Pelbagai nama diberikan seperti hantu pontianak, hantu polong, hantu langsuir, hantu penanggal, hantu toyol, bajang, hantu tinggi, hantu raya, hantu air, hantu bukit, hantu kubur, hantu pari, hantu punjut, hantu jerangkung, hantu kopek, hantu pelesit dan pelbagai lagi. Mengikut kepercayaan orang Melayu, makhluk-makhluk yang disebut tadi mempunyai kelemahan tertentu dan terdapat beberapa petua yang kononnya dipercayai dapat melemahkan mahkluk tersebut:
· Toyol suka bermain-main dengan ketam dan akan leka untuk mencuri. Makhluk yang dipercayai bersaiz kanak-kanak ini juga akan lemah ketika berhadapan dengan cermin.
· Hantu tinggi yang dipercayai bersaiz mencecah langit akan lemah jika manusia tahu dan meneriak akan asal usulnya iaitu orang mati akibat sesat di hutan. Ada juga manusia yang boleh menjadi ‘tuan’ kepada hantu tinggi jika berjaya mencabut bulu kakinya sewaktu berhadapan dengannya dan hantu ini akan menurut segala permintaan tuannya.
· Hantu raya dipercayai menyerupai tuannya dan boleh melakukan pelbagai perkerjaan yang rumit dalam masa yang singkat. Dipercayai juga jika tuannya bersembahyang maka ia juga akan turut bersembahyang. Kononnya badan dan matanya merah menyala seperti api dan perlu dijamu dengan makanan dalam setahun sekali seperti pulut, telur ayam dan ayam panggang.
· Pontianak pula adalah sejenis hantu yang menjelmakan dirinya sebagai perempuan cantik dan hanya suka menggoda dan menggangu orang lelaki serta sering mengganggu di tempat yang sunyi dan lengang.
· Pelesit pula dipercayai dipelihara oleh orang perempuan yang menuntut ilmu syaitan dan dia akan kelihatan cantik di mata suaminya. Orang yang menjadi mangsa pelesit akan menjerit-jerit dan seperti kehilangan akal. Kononnya perempuan yang membela pelesit tidak berani untuk masuk ke rumah yang menyimpan kacip pinang dan apabila berbual akan sentiasa tunduk ke bawah.

Dari segi amalan masyarakat Melayu dalam menghindari daripada gangguan mahkluk tersebut, terdapat pelbagai cara dan petua seperti berikut:
· Jika balik rumah pada lewat malam dinasihatkan ludah ke belakang sewaktu masuk ke rumah atau masuk ke rumah dalam keadaan membelakangkan badan.
· Bunyi cicak ketika memasuki rumah kosong menandakan ada makhluk lain dalam rumah tersebut.
· Meletakkan jarum dalam beg duit agar tidak dicuri oleh toyol.
· Menyapu minyak celak di kening kanak-kanak bawah umur setahun untuk mengelakkan daripada melihat makhluk halus.

Walaubagaimanapun petua-petua tersebut adalah melalui kepercayaan turun-temurun dan menjadi amalan sesetengah masyarakat Melayu dan kadangkala petua tersebut perlu disemak agar tidak menyalahi ajaran agama Islam.

PENGARUH MAKHLUK HALUS TERHADAP MANUSIA
Manusia sering mengambil jalan yang mudah untuk sesuatu tujuan dengan bersahabat dengan jin dan syaitan. Jin kafir yang digunakan ini boleh mendatangkan kesan yang negatif kepada orang yang ‘dibuat’ seperti kesakitan, kerunsingan dan kadangkala boleh membawa maut. Persahabatan dengan jin dan syaitan adalah didasarkan kepada suatu bentuk perjanjian dan sesungguhnya persahabatan tersebut tidak membawa kepada sebarang kebaikan malah akan dilaknati oleh Allah S.W.T. Jin boleh merasuk dan masuk ke dalam diri manusia dengan pelbagai cara dan manusia yang mengunakan khidmat jin untuk melakukan pengkhianatan kepada manusia lain pun melalui pelbagai cara. Firman Allah :
‘Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.
(Surah Al-Jinn : 6)

Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya :
"Sesungguhnya Syaitan (Jin) itu berjalan dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang yang mengalir dalam tubuhnya".
(Hadis riwayat Sayidah Syafiyyah Binti Huyay)

Dari hadis di atas jelaslah bahawa jin dapat masuk ke dalam tubuh badan manusia dan terus sampai ke urat nadi dan darah manusia. Jin dapat berjalan dalam tubuh manusia seperti arus eletrik mengalir dalam kabel penyalurnya. Jika kemasukannya ke dalam tubuh badan itu dengan niat jahat maka ia akan cuba mengganggu sistem saraf yang kadangkala mendatangkan kesakitan. Ada juga jin yang sengaja menghuni anggota badan manusia untuk beberapa tempoh tertentu sebagai tempat tinggal. Jin juga boleh meresap ke dalam binatang-binatang liar seperti anjing dan ular tedung. Rasulullah S.A.W bersabda :
Di dalam rumah-rumah itu terdapat penghuni-penghuni (jin), maka jika kamu sekalian melihat sesuatu, maka usirlah tiga kali. Kalau ia pergi biarkanlah, tetapi jika ia berdegil maka bunuhlah sebab ia pasti jin kafir.
(Riwayat Muslim)

Dalam alam jin, terdapat pelbagai kumpulan jin yang sering bersaing untuk menentukan kekuatan masing-masing. Persahabatan manusia dengan jin yang lemah untuk tujuan kejahatan mungkin tidak boleh mengatasi atau menandingi manusia yang bersahabat dengan jin yang kuat. Contoh tujuan penggunaan jin oleh manusia adalah seperti melariskan perniagaan dan mempertahankan diri. Makanan jin adalah daripada api (asap). Oleh sebab itulah orang Melayu sering menggunakan kemenyan dalam perubatan alternatif bagi tujuan memanggil kerana jin amat menyukai dengan asap yang busuk. Tempat tinggal jin pula adalah seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi, tandas, rumah kosong dan kubur.

Syaitan dan iblis pula menggangu manusia dengan cara membisikkan atau mempengaruhi minda dan jiwa. Ia cuba untuk mempengaruhi manusia untuk membuat maksiat, kemungkaran serta perkara-perkara yang dilaknati Allah S.W.T. Syaitan dan iblis yang diciptakan oleh Allah sebelum manusia telah berjanji akan menghuru-harakan kehidupan manusia. Seperti firman Allah :

Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan apa yang dijanjikan oleh syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata.
(Surah An-Nisaa’:119)

Kita perlu berwaspada kerana syaitan dan iblis boleh menyerupai manusia, benda-benda fizikal, binatang berbisa malahan para ulama dan guru. Syaitan dan iblis juga mempunyai tugas-tugas masing-masing untuk mempengaruhi manusia, contohnya ada syaitan yang ditugaskan untuk melengahkan manusia daripada sembahyang subuh. Seringkali kita pernah mendengar kisah mengenai mayat yang telah dikebumikan pulang ke rumah. Sesungguhnya manusia yang telah meninggal dunia tidak akan hidup kembali dan di sinilah peranan syaitan dan iblis dalam menghuru-harakan kehidupan manusia.

Jin boleh memasuki badan manusia sama ada dipinta sendiri oleh manusia atau tanpa disedari oleh manusia itu sendiri. Jin mendampingi dan memasuki manusia melalui salah satu cara yang berikut.
1. Melalui Khadam atau manusia itu sendiri menjadikan jin sebagai sahabatnya.
2. Melalui ’saka’.
3. Melalui shir yang dilakukan oleh manusia lain ke atasnya.
4. Kerana manusia itu sendiri lalai dari mengingati Allah S.W.T atau melakukan perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T, bererti mendekatkan diri untuk dikuasai oleh jin dan ifrit.
5. Melakukan kejahatan terhadap jin tertentu seperti menjatuhkan sesuatu benda berat di sesuatu tempat yang ada jin, tanpa menyebut nama Allah S.W.T sehingga menyebabkan kematian anak jin.
6. Kerana adanya jin lelaki yang jatuh cinta kepada seorang perempuan yang suka bersolek atau wanita-wanita yang suka keluar rumah untuk memperlihatkan kecantikannya dan tidak memakai tudung serta suka mendedahkan aurat.
7. Melalui pengamalan jampi serapah, doa dan ayat-ayat tertentu yang boleh mendatangkan jin.
Menurut Amran Kasimin (2006), jin boleh mengganggu manusia menerusi roh manusia; jin boleh mengetahui kekuatan roh manusia iaitu ada nur (cahaya iman) atau tidak. Pada satu peringkat lagi, ada jin yang boleh mengganggu fizikal manusia seperti mencakar manusia ketika mengubat orang yang diresapi jin.

Manusia yang selamat dari gangguan jin, iblis dan syaitan adalah manusia yang sentiasa berada dalam tauhid Allah S.W.T, melalui lidah, anggota dan hati dan mereka yang berakhlak seperti Rasulullah s.a.w. serta beramal dengan syariat Islam. Jalan paling dekat untuk berada dalam tauhid Allah S.W.T. ialah dengan kita mengambil contoh perbuatan dan kelakuan mereka yang setiap waktu dan masa berada dalam tauhid Allah S.W.T, seperti Nabi Muhammad, sahabat-sahabat baginda, para ulama dan sebagainya seperti firman Allah S.W.T.:
Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada tuhan mereka.
(Surah An-Nahl : 99)

’...Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman’
(Surah Al-A’Raaf : 27)

KAJIAN MODEN MENGENAI PARANORMAL
Sememangnya diakui bahawa subjek kerohanian ini merupakan sesuatu yang provokatif. Walaubagaimanapun, pengkajian alam ghaib pada hari ini bukan sesuatu yang terpencil, ini kerana terdapat pelbagai individu dan organisasi termasuk intitusi pengajian tinggi yang mengorak langkah untuk memikul tanggungjawab bagi memahami dan mengkaji alam ghaib atau paranormal ini menggunakan kaedah saintifik. Sebagai contoh terdapat sebuah institusi pengajian tinggi di England iaitu Goldsmiths College yang menjadi sebahagian daripada University of London, telah mewujudkan sebuah unit penyelidikan di bawah seliaan Professor Christopher C. French bagi mengkaji kejadian paranormal. Walaupun pasukan ini memberi fokus kepada aspek pengalaman individu yang telah melalui peristiwa paranormal, namun usaha mereka memperlihatkan langkah positif untuk memahami dan mengkaji kejadian alam ghaib.

Alam ghaib ialah sesuatu yang tidak boleh dilihat dan ada perkara berkenaan alam ghaib ini yang tidak boleh digambarkan sama sekali dengan akal manusia yang sedia ada seperti syurga dan neraka yang dibawa oleh Islam dan kebanyakan agama di dunia ini. Rohani pula ialah makhluk atau entiti yang menjadi sebahagian daripada alam ghaib ini. Oleh itu spiritual yang sering dikaitkan dengan manusia boleh digolongkan ke dalam kategori makhluk ghaib atau juga sering disebut sebagai makhluk halus oleh kebanyakan orang di negara ini.

Pengkaji paranormal moden banyak bergantung kepada peralatan dalam usaha menjejaki kewujudan makhluk halus. Istilah yang sering digunakan dalam mentafsirkan kewujudan makhluk halus ialah seperti orbs, ektoplasma, vorteks dan sebagainya. Orb dikatakan sebagai suatu bentuk tenaga yang pernah mendiami tubuh manusia semasa hidup. Sesetengah pendapat lain mengatakan orb adalah sejenis hidupan mikro organisma yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar. Ekstoplasma pula berbentuk seperti kabus, asap atau wap yang selalu kelihatan pada waktu malam. Ia dapat dirakam dengan menggunakan kamera digital atau perakam video digital. Ektoplasma sering ditemui di kawasan perkuburan atau di kawasan bersejarah. Vorteks pula berbentuk panjang dan bercahaya putih. Pengkaji paranormal barat mengatakan bahawa terdapat penurunan suhu ketika kehadiran vorteks. Vorteks juga sering ditemui di dalam sesebuah kediaman dan bangunan lama.

Waktu dan tarikh yang sesuai untuk mengadakan kajian turut diutamakan melalui rujukan kepada kalendar lunar. Kalendar lunar merupakan satu panduan untuk menentukan tarikh bulan penuh kerana adalah dipercayai sewaktu kitaran bulan penuh, sinaran bulan akan memancarkan sinaran gelombang elektromagnet ke bumi secara terus serta membekalkan tenaga elektromagnet dan fenomena ini memungkinkan aktiviti paranormal akan lebih aktif. Keadaan cuaca juga mempengaruhi aktiviti paranormal kerana cuaca yang berbeza akan mempengaruhi suhu persekitaran. Oleh sebab itulah banyak filem-filem seram yang ditayangkan banyak menggunakan tema bulan penuh atau mengambang sebagai melambangkan klimaks situasi seram. Di barat, fenomena ini disokong dalam satu kajian sains di barat yang berpendapat bahawa roh dari dimensi lain akan kembali ke dunia asal berulang kali untuk mendapatkan lebih banyak tenaga elektromagnet bagi perjalanan ke dimensi yang lebih tinggi lagi.

Dalam kajian lain menunjukkan saintis barat mula mempercayai kewujudan makhluk halus melalui teori Parallel Dimension. Pada pendapat mereka setiap individu mempunyai dirinya di dimensi lain dan jarak dunia sekarang dan dimensi lain ialah hanya 15mm. Setakat ini para saintis dan ahli fizik hanya mengenalpasti kewujudan 12 dimensi lain yang wujud selari dengan dunia fizikal. Para pengkaji paranormal barat juga berpendapat bahawa roh manusia akan berada di dimensi yang lain tetapi berdekatan dengan dimensi manusia di mana kadangkala gambar foto yang diambil dapat merakam fenomena tersebut. Sebagai contoh, kononnya ada individu yang melihat hantu berjalan menuju ke dinding dan terus lenyap ke dalam dinding tersebut. Ini menunjukkan kemungkinan dinding tersebut merupakan pintu kepada mahkluk tersebut untuk menembusi ke dimensinya. (Dave Oester, 2005). Malah pakar-pakar psikologi barat menyatakan :
’Dream are the gateway to an inner world, a world just as real as the one outside. What is outside is also inside; what is inside is also inside’ – (Reader’s Digest. 1979. How to interpret your dreams. Reader’s Digest Association Far East Ltd)

Di dalam ajaran Islam, berdasarkan hadis berikut, Rasulullah SAW telah bersabda:

Tidaklah salah seorang daripada kamu (yang lahir ke dunia) melainkan dia telah dipertemankan dengan seorang kawannya daripada jin dan seorang kawannya daripada kalangan malaikat. Sahabat bertanya; Adakah engkau juga wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Dan saya pun. Akan tetapi Allah menolong saya daripada gangguan, maka tidaklah ia mendorong saya, kecuali kepada kebaikan.
(Riwayat Muslim)

Menurut Al-Quran dan As-Sunnah, terdapat istilah qarin yang bermaksud roh-roh jahat dari kalangan makhluk halus yang mengiringi kelahiran seorang bayi. Kewujudannya adalah untuk menggoda manusia, menampakkan hal-hal yang buruk dan jahat tetapi seolah-olah baik dari pandangan manusia. (Haron Din, 1990). Seperti dalam firman Allah S.W.T.:
Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu.
(Surah al-An’am : 112)

KAEDAH PENGKAJIAN
Terdapat banyak kajian paranormal yang dijalankan secara saintifik dan umumnya terdapat beratus-ratus persatuan/pertubuhan yang menjalankan kajian sedemikian. Kajian yang dijalankan adalah merangkumi penggunaan peralatan moden seperti video kamera, kamera, perakam audio dan pelbagai lagi peralatan sampingan. Amalan ritual dan pemujaan dalam usaha untuk ’menghubungi’ makhluk ghaib adalah cuba dielakkan. Antara istilah yang sering digunakan untuk pengkaji paranormal untuk mewakili kewujudan makhluk ghaib ialah istilah ’entiti’. Entiti adalah hasil kewujudan jin kerana jin diperbuat daripada api. Secara saintifik, entiti terhasil dari ion dan plasma (Lando Zawawi, 2004).

Penyelidik paranormal barat berpendapat entiti adalah tenaga elektromagnet dalam tubuh manusia yang terbebas apabila meninggal dunia. Dalam badan manusia terdapat ‘basic electrical charges’ iaitu proton, neutron dan nukleus (Zukarnain Zakaria, 2004).

Teknologi gelombang bunyi digunakan untuk mengesan kehadiran entiti. Dari segi saintifik, jika ada entiti terdapat gelombang atau ion negatif. Penggunaan teknologi moden seperti alat pengesan gelombang bunyi, kamera video dan pengimbas cahaya UV (ultraviolet) dan kemudiannya menggunakan radar dan kamera infrared dapat mengesan kehadiran entiti. Pengkaji paranormal berpendapat bahawa ion-ion negatif boleh dihalau keluar dengan menggunakan kaedah gelombang bunyi dan cahaya ultra violet.
Sebuah pertubuhan di barat iaitu The American Association of Electronic Voice Phenomena merupakan sebuah pertubuhan yang menyokong dan membantu para pengkaji paranormal untuk merakam audio (Electronic Voice Phenomena) dan merakam imej dan audio (Instrumental TransCommunication) dari dimensi lain yang tidak dapat didengari dan dilihat oleh manusia biasa dengan menggunakan peralatan tertentu termasuk penggunaan komputer dan fenomena ini telah mewujudkan suatu bentuk komunikasi baru dengan dimensi lain.

Namun begitu kajian paranormal sering menemui pelbagai rintangan dari segi kesahihan memandangkan telah banyak laman web mengenai paranormal yang didirikan orang pihak yang tidak bertanggungjawab. Mereka cuba mengeksploitasikan teknik super impose kepada sesuatu imej untuk mengaut keuntungan.

Selain daripada kaedah menggunakan peralatan berteknologi untuk mengesan kehadiran mahkluk ghaib atau lebih dikenali sebagai entiti oleh pengkaji paranormal, kaedah lain yang turut digunakan ialah melalui tubuh badan manusia. Secara saintifik, tubuh badan manusia mempunyai tenaga elektromagnet. Tenaga ini terhasil daripada kewujudan cas elekrik dan medan magnet. Setiap denyutan jantung manusia menghasilkan rembesan elektrik. Selain daripada tenaga elektromagnet, tubuh badan manusia juga membawa cas elektrik statik. Sebagai contoh kita menggosokkan tangan kepada pembaris plastik dan didekatkan kepada habuk maka akan ada tarikan seperti magnet. Unsur alam persekitaran pula disatukan oleh elektron (cas negatif), proton (cas positif) dan neutron. Ini bermaksud semua tumbuhan dan hidupan di atas muka bumi mempunyai tenaganya sendiri.

Menurut ajaran dan amalan Chakra, terdapat pusat-pusat dan saluran aliran tenaga batin dan emosi di seluruh badan manusia. Aliran tenaga ini sebenarnya adalah medan elektromagnetik ataupun medan tenaga biologi yang melingkungi tubuh badan. Di dalam tafsiran moden, medan ini dikenali sebagai aura. Melalui kajian saintifik, setiap anggota badan mengeluarkan medan tenaga yang berlainan dan gabungan tenaga ini membentuk aura seseorang. Secara khususnya, aura merupakan medan tenaga biologi ataupun medan psikik yang menyelubungi semua makhluk. Saiznya berbeza dari beberapa inci ke beberapa kaki di semua arah dan merupakan pancaran dari badan manusia. Aura juga terdiri daripada tujuh lapisan, di mana lapisan luaran berkaitan dengan jiwa dan roh manakala lapisan dalaman berkaitan dengan minda, emosi dan kesihatan.

Berbalik kepada persoalan paranormal maka dapatlah dikaitkan di sini bahawa berlakunya interaksi manusia dengan entiti melalui teori-teori yang disebutkan seperti di atas. Contohya pengkaji paranormal dan feng shui dari Singapura pula berpendapat bahawa apabila manusia meninggal dunia, gas dalam bentuk ion-ion positif dan negatif akan dilepaskan dari tubuh manusia ke udara. Walaubagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada gas tersebut adalah roh manusia. Natijahnya, apabila kita berada di tempat-tempat yang dianggap berhantu, gas-gas tersebut akan bergeseran dengan bulu roma dan menghasilkan elektrik statik dan kesan tersebut akan menyebabkan bulu roma meremang dan signal (saraf) akan dihantar ke otak dan terus diintrepetasikan bahawa kawasan itu berhantu. Oleh sebab itulah keadaan meremang atau takut dengan tiba-tiba dipercayai menandakan ada makhluk lain di sekeliling atau berhampiran dengan kita.

Pengamal aura pula yang belajar menggunakan dan mengaplikasikan tenaga dalamannya juga boleh mengesan kehadiran makhluk-makhluk halus melalui deria seperti terasa panas, sejuk, sesak nafas dan sebagainya. Ada juga yang boleh mengesan dengan mengetahui bentuk makhluk halus dalam bentuk frekuensi dan cahaya. Menurut Krizhanovsky, seorang profesor dalam bidang fizik, medan tenaga biologi (aura) merupakan hasil interaksi yang rumit di antara medan fizikal dan radiasi seperti medan elektromagnetik, medan graviti, medan akustik dan medan molekul. Ia terbentuk apabila badan objek bio berinteraksi dengan persekitaran (termasuklah entiti) dan membawa pelbagai maklumat mengenai objek bio tersebut. Selain itu juga pengamal-pengamal aura mampu untuk menghalang kehadiran makhluk halus dan kadangkala boleh mengeluarkan sihir yang diakibatkan oleh makhluk halus.

Dari sudut agama Islam, cara yang paling terbaik untuk menghindari diri dari terkena gangguan mahkluk halus ialah penggunaan ayat Al-Quran. Ayat-ayat Al-Quran mempunyai pelbagai khasiat untuk menyembuhkan pelbagai penyakit. Setiap ayat-ayat Al-Quran mempunyai cahaya atau nur yang berbeza-beza dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sebagai contoh, sering kita lihat ialah sewaktu membaca surah Yasin di masjid di mana bekas-bekas berisi air kosong dibuka tudungnya untuk membenarkan cahaya atau nur dari surah Yasin meresap masuk ke dalam bekas tersebut dan menjadi penawar atau apa jua permintaan dengan izin Allah S.W.T. Justeru kita perlu percaya dan meyakini bahawa ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan oleh Allah merupakan ubat atau penawar yang mujarab untuk menyembuhkan pelbagai penyakit dengan ‘izin’ Allah. Secara asasnya, cara untuk menghindari dari terkena gangguan mahkluk halus ialah seperti sentiasa bertakwa dan mengikut suruhan Allah S.W.T, berzikir, penggunaan ayat-ayat tertentu daripada surah Al-Quran dan yang paling penting sekali ialah berdoa kepada Allah S.W.T. Seperti firmanNya:
Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan maka hendaklah engkau meinta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
(Surah Fussilat : 36)

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)
(Surah Al-A’Raaf : 200-201)

KESIMPULAN
Kajian dan pemahaman mengenai kewujudan makhluk-makhluk ghaib perlu dijalankan dengan penuh teliti dan berhati-hati dan perlu sentiasa merujuk kepada Al-Quran dan hadis sebagai pegangan demi mengukuhkan akidah agar tidak terserong. Namun begitu penemuan dan teori sains dan teknologi dalam kajian paranormal adalah juga perlu sebagai sumber pengetahuan. Dalam erti kata lain, masyarakat terutamanya umat Islam perlu menyedari bahawa mereka lebih harus takut kepada Allah S.W.T. daripada takutkan makhluk-mahkluk ghaib. Dalam membincangkan topik ini, kita perlu lebih berpaksikan kepada sudut keagamaan di samping menerima pendapat, penyelidikan dan penggunaan teknologi moden yang berkaitan dengan paranormal sebagai kaedah yang lebih bersifat saintifik. Dalam ajaran Islam, manusia adalah salah satu makhluk yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Selain itu juga kita perlu mengetahui dan mempercayai akan kewujudan makhluk-makhluk lain yang juga diciptakan oleh Allah S.W.T. Dengan mengkaji kewujudan makhluk-makhluk ghaib maka kita akan lebih mengetahui akan hakikat kejadian mahkluk tersebut secara umum di mana kajian ini juga akan terbatas dengan kekayaan dan kekuasaan ilmu dari Allah S.W.T. yang sesungguhnya lebih luas dan tidak mampu dicakupi oleh pemikiran manusia.

Monday, 5 May 2008

MINDA

Aku nak berkongsi pengetahuan aku yang sedikit berkaitan dengan minda. Minda kita sebenarnya sesuatu yang abstrak dan banyak kegunaan jika kita tahu cara menggunakannya. Sebenarnya ada perbezaan di antara otak dan minda. Natijahnya, otak merupakan ciptaan Allah S.W.T yang tiada tolak banding ciptaanNya kepada makhluk yang dinamakan manusia. Kita menggunakan otak untuk berfikir. Sejauh mana kedalaman dan tahap pemikiran kita adalah bergantung kepada minda. Umpama sebuah kereta yang kita gunakan untuk bergerak. Sejauh mana kelajuan kereta tersebut adalah bergantung kepada jenis enjin yang digunakan. Berbalik kepada soal minda... ia sebenarnya terdiri daripada 4 peringkat iaitu Beta (sedar), Alpha (bawah sedar), Theta (seperti mimpi) dan Delta. Umumnya kita banyak menggunakan peringkat beta (sedar) yang merangkumi pemikiran duniawi atau fizikal... Pancaindera kita memainkan peranan yang penting di peringkat ini. Peringkat alpha (bawah sedar) pula lebih berbentuk kepada khayalan (secara ghaib) yang banyak berkaitan dengan perkara-perkara kejiwaan dan kerohanian. Pemikiran di peringkat ini lebh banyak melihat kepada persoalan jiwa dan emosi. Ia juga merupakan sebagai satu pancaindera tambahan yang tidak dikurniakan kepada semua orang (sixth sense). Contoh individu yang menggunakan pemikiran ini ialah dia mampu untuk membaca pemikiran orang lain serta boleh melakukan perkara2 yang tidak mampu dilakukan manusia biasa. Tetapi kita perlu ingat, bahawa manusia itu sendiri tidak mampu mempunyai pemikiran sedemikian selain diperkenankan oleh Allah S.W.T. Peringkat Theta pula ialah minda ketika tidur seperti berlakunya mimpi kepada diri kita. Peringkat Delta pula ialah umpama orang mati atau tidak sedar seperti dibius.

Bagaimana otak kita berfungsi?
Otak berfungsi dan berkomunikasi dengan seluruh anggota melalui saraf2 di tulang belakang. Saraf2 tersebut akan membawa segala mesej yang diberikan oleh otak dan akan menuju ke setiap otot2 dan organ badan. Contohnya bila kita terpegang cerek panas, tangan kita akan sakit kerana otak menghantar mesej ke tangan bahawa panas akan membawa kepada kesakitan. Di dalam otak juga sama seperti sebuah komputer terdapat ruang memori yang menyimpan segala maklumat yang diterima melalui pendengaran, penglihatan, rasa dan bau.

Kita pernah mendengar ungkapan, 'always think positive..' dan umumnya digunakan oleh pakar2 motivasi. Sebenarnya disebalik ungkapan tersebut tersingkap pelbagai rahsia yang perlu kita ketahui. Dalam hidup kita, elakkan dari menggunakan perkataan yang negatif seperti : 'susah la nak buat kerja tu', 'aku tak mampu lah' (sekadar contoh)... Bila kita menanam perkara2 negatif di dalam minda maka kehidupan kita akan lebih menjurus ke arah tersebut. Secara saintifiknya, perkara2 yang negatif yang kita fikirkan adalah berbetuk tenaga getaran yang menghasilkan gelombang dan seterusnya akan dipancarkan pada sistem kimiawi (biochemical) di badan kita. Biokimia yang negatif akan memenuhi sel2 darah dan seterusnya akan diintepretasikan oleh minda bawah sedar. Minda bawah sedar (alpha) inilah yang akan mempengaruhi kehidupan kita ke arah perkara2 negatif. Contohnya jika kita menganggap sesuatu itu sukar maka akan sukarlah perkara tersebut.

Minda Bawah Sedar (MBS)
Kuasa minda bawah sedar (alpha) adalah lebih hebat 90% daripada kuasa minda sedar (beta). Contohnya, jika kita menanam di minda bawah sedar (MBS), aku akan bangun pagi pada jam 6.00am. Maka kita akan terjaga pada waktu tersebut (mungkin 5 minit awal atau lambat) tanpa menggunakan jam loceng... Itulah kebesaran Allah S.W.T yang mencipta otak manusia. Saya pernah mengamalkan suatu teknik yang mungkin dapat dikongsi bersama dgn menggunakan kemampuan MBS. Dalam menelusuri kehidupan kita yang penuh pancaroba, kita tidak boleh lari daripada pelbagai masalah, rintangan, kekusutan dan kekecewaan. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya dan itulah ketentuan qada dan qadar Allah. Bagaimana cara mengatasinya? Pertama sekali, minda kita perlu kuat. Tanamkan sifat sabar. Terima dengan redha hati. Pilih tempat yang sesuai, tenang dan sunyi. Pejamkan mata, sedut nafas dengan kiraan 6, tahan nafas dengan kiraan 3, dan hembus nafas dengan kiraan 6. Katakan pada diri kita 'aku akan tenang dan selesa. Lakukan berulang kali sehingga kita berasa tenteram dan tenang. Dalam situasi ini, kita berada pada gelombang alpha dan ketika inilah kita mampu mengawal MBS secara maksimum. Katakan dalam hati bahawa kita redha dengan ketentuan Allah. Apa yang berlaku (masalah, kekusutan, dsb) adalah ujian Allah yang sayang kepada hambaNya. Terima dengan sepenuh hati dan biarkan perkara yang merungsingkan kita pergi jauh sejauh2 nya. Sekarang tibalah masa untuk kita mewujudkan atau membayangkan satu fenomena atau situasi yang baru iaitu suatu harapan yang kita inginkan. Bayangkan segala kegembiraan yang akan berlaku disebalik harapan baru tersebut. Di sinilah terpancarnya gelombang atau tenaga positif yang akan memenuhi sel2 darah kita yang akan menuju ke otak. Selepas selesai melakukan semua teknik2 diatas ada suatu perkara lagi yang perlu dilakukan. Sentiasa berdoa dan mintalah pada Allah apa jua harapa yang kita gambarkan tadi. InsyAllah, dengan izinNya, kita akan terlepas daripada pelbagai masalah.

Kancil MIRA ku....

Salah satu daripada benda yang aku sayang dalam hidup aku ialah kereta kancil aku. Kereta ni banyak nostalgianya. Dulu waktu aku mula2 kawin lebih kurang pada tahun 2000, aku pernah beli sebuah kereta kancil 660 warna silver. Dalam setahun guna, lepas tu jual sebab ambik yang besar sikit iaitu sebuah Perodua Kembara. Kereta Kembara ni aku pakai lama sikit, lebih kurang 4 tahun... Aku pernah join kelab Kereta Kancil (Sungai Petani Motors Club) kat SP. Lama juga join… dah pernah jadi secretary SPMC. Aku juga yang bertanggungjawab membawa SPMC menjadi sebuah kelab rasmi dan berdaftar walaupun pernah di’reject’ oleh pendaftar pertubuhan. Tapi sekarang sejak aku cuti belajar, aku berhenti dari kelab sebab tak mampu beri banyak komitmen. Kelab ni pulak sangat aktif. Every week mesti ada program dan aktiviti. Tapi alhamdulillah… sehingga kini kelab SPMC masih lagi aktif dan telah berusia 7 tahun sejak penubahan pada tahun 2001. Sewaktu aku pakai kereta kembara, aku beli sebuah kereta kancil 2nd hand warna merah sebagai second car… Aruah mak aku tolong sikit dari segi financial untuk beli kereta ni.. Nostalgia paling berharga ialah aku sempat ajar aruah mak aku bawa kereta guna kereta kancil ni.. dia pun sayang kereta ni. Warna sekarang (hijau metallic) ialah warna yang aruah mak aku pilih sewaktu mengubahsuai kereta ni bagi nampak sporty. So warna ni tak akan ditukar sampai bila2 sebagai mengenang aruah mak aku.... Aku masih ingat lagi sewaktu membawa aruah mak aku pergi shopping atau beli barang kat pasar... dia nak naik kereta kancil ni jugak... kadang2 aku bawa aruah mak aku bersiar2 pun dengan kereta ni jugak... Dia tak nak naik kereta kembara sebab tinggi sangat... thats why kenangan bersama aruah mak bersama kereta kancil ni terpahat dihati aku sampai bila2... sampai sekarang aku masih teringat gelak ketawa aruah mak dalam kereta ni mendukung anak aku, Adam iaitu cucu kesayangannya....

Oleh itu dalam tahun 2005 aku tekad untuk buat make over kat kereta ni especially pada enjinnya yang sudah berusia 10 tahun. Duit yang aku dapat dengan menjual motorsikal Vulcan500, aku digunakan untuk buat make over... Sebuah enjin kereta Dahaitsu Mira L5 Turbo dari Jepun dibeli dengan harga RM5k dan kos pemasangan & penggantian alat2 lain mencecah RM7k.... inilah rupa enjin mira L5 Turbo.. (gambar bawah). Berikut ialah specification enjin Mira L5 Turbo:

Enjin : Dahaitsu MIRA L502, 660cc 4 Cyclinder TwinCam 16 Valve, Intercooler Turbo 2 WD- TRXX AVANZATO X2 with Blow-off valve
Ekzos : Extractor MIRA L502, stainless steel pipe & tabung ekzos K&W
Transmission : 5 speeds with LSD system
Suspension : Absorber depan/belakang MIRA L500 & Spring APM
Brake : Brake Disc MIRA L500 (depan/belakang)
Interior : Dashboard MIRA L500, Stereng MIRA L500, Turbo Timer (Blitz), Boost Meter (Pro+)
Tayar : Rim 13 inci - JRD, Sime tyre 165/60
Warna : Hijau Metallic
Bengkel : LISTAR

Walaupun enjin ni hanya 660cc, tapi dengan kuasa turbo dan sedikit pengubahsuaian enjin, ia mampu mengaum dan boleh mencecah ke angka 100km/h dalam masa 6.5 seconds (gear 1 - 3)dan 150km/h untuk maximum speed. Sebagai langkah keselamatan dan untuk mengambil cornering dgn lebih mantap, kancil MIRA aku dipasang strut bar di bahagian enjin, tepi keempat2 pintu dan di bahagian belakang.