Sunday, 28 September 2008
Lemang
Hari ni merupakan hari membakar lemang kat kwasan perumahan aku... last week baru meeting utk arrange hari membakar lemang.. kebanyakan jiran2 aku tak tahu cara yg betul utk bakar lemang... tapi setakat tengok orang bakar lemang mmg ramai la... termasuklah aku.. So hari ni, semua nak test power dgn harapan lemang yang dimasak 'menjadi'.. Pada pukul 10.30am, acara membasuh buluh bermula... lebih kurang 130 batang lemang dibasuh untuk buang miang buluh... lepas tu daun pisang pulak dimasukkan ke dalam batang lemang. Aktiviti ni memerlukan skill dan kesabaran yg tinggi... daun pisang mesti mencecah permukaan paling bawah dan terbuka dgn elok... Beras dimasukkan bersama santan yang dicampur dengan garam dan gula... Acara waktu pagi ni kira ok lah... sebab tak meletihkan... Bila masuk pukul 1.00pm, acara membakar bermula... sessi ni yang paling aku tak tahan... panas dgn haba bara api menusuk sehingga ke tulang... Dengan cuaca panas yang membahang, membuatkan tekak perit dan kering... waktu ni sungguh kurang ajar kalau2 ada sapa2 yang cerita pasal air buah, cendul, laici kang dan yang sealiran dengannya... Tepat kul 4.00pm... dah ada lemang yg masak... Alhamdullilah semua lemang 'menjadi'.... Insyallah tahun depan kami akan buat untuk dijual pulak.. Gambar2 aktiviti membakar lemang aku upload kat fotopages...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment