Thursday, 26 June 2008

Mitragyna Speciosa : Boon or Bane?


Inilah gambar daun ketum atau nama saintifiknya `Mitragyna Speciosa' bagi sesiapa yang belum pernah melihatnya… (Untuk view dgn lebih jelas, click gambar di atas). Suatu nama yang bukan asing lagi di kalangan masyarakat kampong. Namun kini, ketum mulai popular. Popular dengan kehebatannya yang disalahgunakan. Siapa yang mempopularkannya?... siapa lagi kalau bukan anak2 remaja Melayu kita... ada juga yg memanggil dengan nama daun `biak’. Di utara tanahair, ketum lebih popular dipanggil ADK.. atau nama panjangnya ’Ayaq Daun Ketum’... Walau bagaimanapun, ketum didapati mempunyai unsur dadah oleh pengamal perubatan kerana mengkhayalkan dan boleh membawa ketagihan... dengan kata lain, ketum bahaya diminum...

Aku pun tidak ketinggalan untuk menikmati ADK. Saja nak try.. itu pun jiran2 aku yang bawak... tapi sekarang ni dah kurang sikit... bahaya.. takut tak pasal2 polis datang umah. Nak kata ketagih, tak la pulak... Kawan2 aku cakap, yang bahayanya kalau dicampur dengan ubat nyamuk, pinang dan lebih hardcore lagi dengan tahi lembu... Kalau yang dimasak ori tanpa campuran, tak merbahaya... Ntah la.. aku pun tak pasti yg mana satu salah di sisi undang2.. Dengar cerita, orang2 kampung bila minum ketum, boleh buat kerja berat.. tak sakit pinggang.. segar bugar sepanjang masa...memang diamalkan dari dulu lagi...kira turun-temurun la... Tapi, remaja Melayu kita ni pandai terlebih buat ujikaji sampai tahap saintis... campur dengan benda2 yg tak betul sampai mengkhayalkan... kalau ramai yang masuk universiti and then jadi doktor yang kat hospital tu kira orait jugak la.. tapi ramai yang jadi doktor dulu baru masuk Universiti Serenti Malaysia.... sebabnya bila dah khayal dengan ketum, mereka akan cuba yang lebih extreme lagi...


Berbalik kepada isu ketum ni, bila aku first try memang pahit dan kelat... tapi bukan yang dicampur dengan bahan lain la... Nak habiskan secawan pun seksa... bagi yang novice, cara minumnya sekaligus sebab kalau nak rasa pahit sekali tu je... Bagi yang otai (old timer), diaorang minum sikit2 macam minum teh tarik...... kawan aku kata kalau warna airnya terang, yg tu memang ori tanpa campuran ... tapi bila warnanya gelap, memang dicampur dengan bahan tertentu... satu paket air dijual dengan harga RM3.. kalau hendak daun saja, 18 keping dijual dengan harga RM10. Menurut kepada sumber yang tak pasti kesahihannya, daun ketum ni boleh menghilangkan sakit dan lenguh2 badan, mengubati darah tinggi dan kencing manis serta berasa segar-bugar.. kalau kanak2 yang kecacingan, bila diberi minum sedikit ketum maka akan bertempiaran lari cacing2 disebabkan kepanasan... Ada satu kes tu emak kepada sorang kawan aku ni, memang menggemari ketum sebabnya kencing manisnya dah kurang sejak minum ketum.... Yg sorang lagi kawan aku ni bila nak main bola je minum ketum, bila minum ketum je nak main bola... katanya tak lenguh dan main bola tu rasanya macam main guli je...

Nak dijadikan cerita sewaktu aku mula2 minum ketum, memang 2 hari sebelum tu terasa lenguh2 di pinggang... selepas pekena ketum, rasa lenguh terus hilang... dan malam tu walaupun tidur selama 3 jam, tapi bila bangun pagi esoknya rasa segar... Aku pun tak pasti samada fenomena tersebut disebabkan kehebatan ketum... atau pun memang minda aku telah di`set’kan bahawa ketum itu hebat... hingga hilang rasa lenguh dan merasa segar...

Akhir kata... ini bukannya promosi dan DILARANG MENCHOBA....

0 comments: