Friday, 6 June 2008

Minyak oh minyak...

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenaikan harga minyak secara tiba-tiba. Dimana-mana sahaja tempat, masyarakat melahirkan ketidakpuasan hati mengenai kenaikan tersebut. Pada sebelah petang hari diumumkan kenaikan harga minyak, aku turut berpusu-pusu ke stesen minyak di sungai petani untuk memenuhkan tangki minyak dengan harga lama yang sedikit sebanyak dapat menjimatkan wang tetapi hampa setelah menunggu hampir setengah jam aku mengambil keputusan pulang ke rumah. Pelbagai gelagat pemandu kenderaan yang menunggu giliran dapat disaksikan termasuklah beberapa kemalangan kecil turut berlaku. Pemandu motorsikal pula, menunjukkan skill mencelah-celah dan ada juga side mirror kenderaan yang menjadi mangsa. Keadaaan lalulintas yang terlalu sesak turut menyulitkan perjalanan beberapa ambulans untuk ke hospital. Mana polis trafik....? Rasanya mereka juga tidak ketinggalan mengisi tangki minyak dengan harga lama... Ketika melepak dengan jiran2 aku di malam hari, isu minyak menjadi bualan hangat. Ada yang gembira kerana telah berjaya mengisi minyak dengan penuh dan ada yang hampa termasuklah aku... tetapi esok dan hari seterusnya masih ada... Alhamdullillah kerana aku masih dalam golongan yang sederhana yang masih mampu meneruskan kehidupan dengan harga minyak yang naik walaupun menerima kesan yang minima, tetapi bagaimana dengan golongan yang kurang berada... atau golongan yang menggunakan kenderaan untuk mencari rezeki... Natijahnya bila harga minyak naik, harga barangan lain pun akan turut naik... Bila dikaji semula memanglah harga petrol yang naik di Malaysia jauh lebih rendah dari apa yang berlaku di negara2 lain seperti di UK dan US.... dan statement inilah yang sering diwar2 kan di dada akhbar dan TV... Namun dari sudut lain jika dilihat dari sudut perdapatan per kapita masyarakat Malaysia, perdapatan per kapita kita adalah kurang 1/3 daripada masyarakat di UK dan US... Subsidi?... Ya, .. sedikit sebanyak membantu beban yang ditanggung, tetapi implementasinya belum dilihat lagi. Sama2 lah kita tunggu..... RM600 setahun iaitu secara purata RM50 sebulan rasanya seperti tidak cukup tetapi sekurang2nya membantu daripada tiada langsung subsidi... Apa yang perlu kita lakukan???... Memberontak? Terlibat dengan demonstrasi?.... Tidak perlu rasanya.. Itu bukan budaya kita.. Terimalah dengan hati yang terbuka walaupun perit. Apa daya kita... Ingatlah bukan kita seorang sahaja yang merasa kesan tersebut malah keselurahan rakyat Malaysia merasainya. Apa yang patut dilakukan sekarang ialah belajar ’menerima’, rancang semula perbelanjaan keluarga dan cuba berjimat sebaik mungkin. Tidak susah rasanya... jika ada sedikit pengorbanan

1 comments:

adzhaghi said...

Minyak angin xnaik pon..hehehe minyak lintah pon still maintain harga lama...